`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, January 3, 2026

3 Adun Perlis kemuka rayuan status keahlian kepada majlis ulama

Adun Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim berkata rayuan mereka sejajar perlembagaan PAS.

3 Adun Perlis tergugur jawatan
(Dari kiri) Adun Chuping Saad Seman, Adun Bintong Fakhrul Anwar Ismail, dan Adun Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim hilang dihentikan keahlian mereka dalam PAS. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Tiga Adun PAS Perlis mengemukakan rayuan rasmi berhubung status keahlian mereka kepada Majlis Syura Ulama.

Adun Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim, berkata mereka berpandangan bahawa perlembagaan PAS membenarkan mana-mana ahli yang dikenakan tindakan tatatertib mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

“Majlis Syura Ulama mempunyai bidang kuasa untuk meneliti dan memutuskan rayuan itu sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 9 Perlembagaan PAS yang memperincikan peranan majlis berkenaan sebagai badan tertinggi parti dalam menentukan dasar, tafsiran serta penyelesaian isu utama,” katanya memetik Utusan Malaysia.

Ridzuan berkata demikian yang turut mewakili Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Saad Seman (Chuping).

Ketiganya diberhentikan keahlian pada 24 Dis lalu oleh Presiden Hadi Awang dalam satu pemakluman. Sebelum itu, media melaporkan Adun Perikatan Nasional (PN) Perlis didakwa bertemu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

Rentetan itu, Shukri umum meletak jawatan pada 25 Dis selepas tiga tahun menggalas amanah tersebut. Tiga hari selepas itu, Adun Bersatu mewakili Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai menteri besar baru.

Dalam pada itu, Ridzuan berkata mereka masih berharap diterima sebagai ahli semula dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka berhubung isu yang berlaku.

Mengulas tindakan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kangar semalam, beliau menjelaskan langkah itu bukan bertujuan mencampuri urusan parti.

Sebaliknya, ia bagi mendapatkan pengesahan undang-undang sama ada speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bertindak di luar bidang kuasa yang diperuntukkan undang-undang atau sebaliknya.

“Kami dengan penuh hormat menyerahkan perkara ini kepada kebijaksanaan mahkamah untuk menentukannya mengikut lunas perundangan.

“Dalam pada itu, kami menyeru semua pihak supaya menghormati proses perundangan serta tatatertib parti yang sedang berjalan dan mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian serta perpaduan dalam PAS,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.