`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, January 4, 2026

Lelaki ditahan bersama 4 anak buaya tembaga

Empat ekor anak buaya tembaga itu dianggarkan bernilai RM240,000.

Empat ekor anak buaya tembaga yang disimpan dalam sebuah kotak polisterin dalam but kereta dipandu suspek. (Gambar Facebook PSP)
PETALING JAYA:
 Seorang lelaki ditahan bersama empat ekor anak buaya tembaga dianggarkan bernilai RM240,000 di sekitar Johor Bahru pada Jumaat lalu.

Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Rosli Md Yusof, berkata haiwan liar itu disimpan dalam sebuah kotak polisterin dalam but kereta dipandu lelaki tempatan itu ketika serbuan Unit Risik PSP Bukit Aman bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Serbuan dijalankan hasil maklumat awam yang membawa kepada penemuan empat ekor anak buaya tembaga, iaitu spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

“Pemeriksaan lanjut mendapati haiwan tersebut disimpan tanpa sebarang permit atau kebenaran sah daripada pihak berkuasa berkaitan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, siasatan lanjut mengikut Seksyen 68 Akta 716 sedang dijalankan bagi mengenal pasti sumber dan tujuan suspek menyimpan haiwan liar itu.

Menurutnya, keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM285,000 membabitkan empat anak buaya dan kereta suspek.

Katanya, suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu Perhilitan Johor melengkapkan kertas siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.