Warga asing terbabit dikesan menjalankan perniagaan secara beramai-ramai di rumah kedai sekitar Taman Wangsa Permai dan Desa Aman Puri, Kepong.

Mereka ditahan dalam operasi bersepadu yang turut disertai polis, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lapor Harian Metro.
Dalam serbuan 8.30 malam itu, warga asing yang menyedari kehadiran pihak berkuasa pada mulanya bertindak melarikan diri, namun tindakan itu gagal kerana kawasan terbabit sudah dikepung.
Difahamkan, dua lokasi itu digunakan mereka untuk menjalankan perniagaan seperti kedai gunting rambut, kedai runcit, kedai makan dan pusat cuci kenderaan, manakala bahagian atas rumah kedai dijadikan tempat tinggal pekerja asing.
Pengarah JIM Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin, berkata Pati yang ditahan itu termasuk 32 wanita, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.
Katanya, mengikut pecahan, tangkapan membabitkan 16 warga Indonesia, Myanmar (64), Bangladesh (30), India (14), Pakistan (9), Nepal (5), Thailand (3), Sri Lanka (2), China (2) dan Nigeria (1).
“Kesemua tangkapan ini adalah hasil pemeriksaan ke atas 237 warga asing. Antara kesalahan dikenal pasti ialah tinggal lebih masa, tiada dokumen pengenalan diri serta pemegang kad yang tidak diiktiraf.
“Semua yang ditahan berusia enam hingga 55 tahun ditempatkan di Depoh Imigresen Semenyih untuk tindakan reman dan siasatan lanjut,” katanya. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.