`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, January 4, 2026

Calon pengerusi PN tak terhad parti tertentu, kata pemimpin Bersatu

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Yadzil Yaakub berkata calon pengerusi baharu terbuka kepada mana-mana pemimpin daripada komponen PN, termasuk Bersatu.

Mohd Yadzil Yaakub
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Yadzil Yaakub berkata semua pihak boleh menyuarakan pendapat dan cadangan calon, tetapi hanya ahli Majlis Tertinggi PN boleh membuat keputusan muktamad dan semua parti, termasuk PAS dan Bersatu perlu akur. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Seorang pemimpin Bersatu berkata, calon pengerusi Perikatan Nasional (PN) tidak terhad kepada sebuah parti saja dan pemilihan perlu dibuat berdasarkan merit, sokongan majoriti serta kemampuan memastikan kemenangan pada PRU16.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Yadzil Yaakub, berkata calon pengerusi baharu terbuka kepada mana-mana pemimpin daripada komponen PN, termasuk Bersatu.

Menurutnya, semua pihak boleh menyuarakan pendapat dan cadangan calon, tetapi hanya ahli Majlis Tertinggi PN boleh membuat keputusan muktamad dan semua parti, termasuk PAS dan Bersatu perlu akur.

Beliau berkata, pengerusi PN perlu dipilih berdasarkan merit, sokongan majoriti kepimpinan tertinggi, kewibawaan dan kebolehan menerajui gabungan itu untuk meraih kemenangan pada PRU16.

“Lebih penting daripada itu, individu yang dipilih bukan sekadar mengisi kekosongan jawatan, tetapi mesti mampu menyatukan keseluruhan komponen PN, merapatkan saf kepimpinan serta mendamaikan sebarang kemelut dan perbezaan yang wujud dalam gabungan.

“Keutamaan mutlak ialah kepentingan gabungan dan keyakinan rakyat, mengatasi kepentingan individu atau hierarki parti,” katanya dalam kenyataan.

Adun Bemban yang juga ketua pembangkang Melaka itu berkata, semua parti komponen perlu menghentikan polemik dan perbezaan yang boleh melemahkan PN, serta memfokuskan usaha memperkukuh organisasi, memperkemas jentera dan mendekati rakyat.

Kelmarin, Presiden PAS, Hadi Awang, mengesahkan parti itu akan menerajui PN susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin berkuat kuasa 1 Jan lalu.

Beliau berkata,mesyuarat mengenai calon pengerusi PN baharu akan diadakan minggu akan datang yang dijangka turut dihadiri pemimpin Bersatu.

Antara calon PAS yang disebut bakal menerajui PN selain Hadi ialah Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Sanusi Nor. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.