Selain itu lapan prasekolah dibuka di matrikulasi bagi menampung keperluan.

Wong berkata, daripada jumlah itu satu di tempatkan di Institut Pendidikan Guru (IPG), empat di kolej vokasional, lapan di matrikulasi, dan 53 di sekolah menengah kebangsaan (SMK).
Beliau berkata, di bawah kerajaan Madani, KPM membuat keputusan memperluaskan prasekolah ke institusi yang lain seperti kolej vokasional, SMK, dan juga IPG.
“Institusi-institusi ini apabila kita sediakan kelas prasekolah juga dapat menampung keperluan untuk sekolah tersebut.
“Ada anak-anak kepada warga pendidik dan sebagainya ini diberikan satu peluang untuk menikmati atau mengikuti pendidikan prasekolah KPM di institusi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Angpau Tahun 2026 di IPGM Kampus Ipoh.
Wong berkata, KPM telah melakukan peluasan sebanyak 150 kelas prasekolah pada tahun lalu dan tahun ini dijangkakan 350 kelas prasekolah akan diperluas melibatkan pelbagai jenis institusi KPM.
Selain itu, beliau berkata pada 2025 KPM telah menampung 220,000 daripada kira-kira 370,000 murid prasekolah, manakala yang lain ditampung oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan juga pihak tadika swasta.
“Apa yang penting JPNIN, Tabika Kemas dan juga prasekolah di bawah KPM itu adalah di bawah agensi kerajaan dan kementerian.
“Sudah pasti apabila kita sampai ke tadika swasta ia mengenakan satu yuran tetapi semua ini membina dan juga menjadi satu ekosistem pendidikan awal kanak-kanak kita. Apa yang KPM hendak capai adalah kita mahu memperluaskan lagi kelas-kelas prasekolah yang kita ada,” katanya. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.