KPKM akan bentang langkah segera serta jangka sederhana kepada MTEN dan Jemaah Menteri.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata cadangan itu turut mengambil kira pandangan pemain industri bagi memastikan kesiapsiagaan negara.
“Pengumuman berkaitan perkara ini akan dibuat oleh KPKM,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka di Masjid Tanah.
Dalam pada itu, Zahid menggesa pembangkang agar mengemukakan cadangan konstruktif bagi membantu kerajaan menangani cabaran yang timbul akibat ketidakstabilan geopolitik global.
“Masalah ini adalah masalah bersama… sepatutnya pembangkang memberikan buah fikiran yang bernas.
“Jika mereka mempunyai kepakaran, inilah masa terbaik untuk kita mencari jalan menyelamatkan negara walaupun berada di pihak pembangkang,” katanya.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dilaporkan berkata kerajaan sedang meneliti beberapa cadangan bagi membantu pesawah yang terkesan akibat kenaikan kos input pertanian susulan lonjakan harga bahan api global.
Beliau berkata cadangan yang sedang dipertimbangkan termasuk penggunaan kad ‘fleet’ bagi jentera pertanian serta peningkatan insentif pembajakan dan penuaian padi. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.