`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, April 12, 2026

Letak tanda soal, berpura tanya tindakan licik sebar berita palsu, kata menteri agama

 Zulkifli Hasan berkata tindakan dibuat walaupun tahu dan faham berita dibawa tidak benar dengan tujuan bagi merelakan cacian dan makian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan merujuk tangkap layar diterimanya yang mendakwa kononnya kerajaan hantar 329,000 tong diesel ke Filipina. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Perbuatan licik pihak menyebar berita palsu dengan tanda soal dan berpura-pura bertanya dikritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.

Katanya, tindakan itu dibuat walaupun tahu dan faham berita dibawa adalah tidak benar dengan tujuan bagi merelakan cacian dan makian serta disebarkan tanpa batas.

“Hari ini, saya menerima beberapa tangkap layar yang mendakwa kononnya kerajaan hantar 329,000 tong diesel ke Filipina. Ada juga yang licik menyebar berita palsu ini dengan tanda soal, pura-pura bertanya, dan lain-lain.

“Mereka tahu dan faham bahawa berita itu tidak benar tetapi merelakan cacian dan makian serta disebarkan tanpa batas. Lebih menyedihkan ada juga golongan agamawan yang melakukan perkara sama,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau berkata, meskipun telah diperbetulkan dengan berita yang benar, masih ramai yang berpegang dengan berita palsu tersebut malahan meneruskan kata-kata kesat dan tidak baik.

“Marilah sama-sama menyemak kebenaran fakta sebelum disebarkan selaras dengan firman Allah SWT. Jom semua kita meningkatkan amal ibadah dan meninggalkan perkara yang sia-sia. Tabayyun dan semak berita sebelum sebar!

“Sebar berita sahih dapat pahala sebar berita palsu dapat dosa. Banyakkan amal jariah elakkan dosa jariah,” katanya.

Dilaporkan, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mengesahkan 329,000 tong diesel dihantar ke Filipina baru-baru ini bukan berasal dari Malaysia seperti dilaporkan media antarabangsa.

Pasukan Pengurusan Krisis MTEN dalam kenyataan lewat malam tadi menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta merujuk kepada sumber rasmi kerajaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.