`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, August 9, 2026

3 pelarian Myanmar ditahan bantu siasatan kes seksual babit OKU

 Ketiga-tiga suspek ditahan reman bermula hingga 12 Ogos untuk bantu siasatan, kata polis Kemaman.

Ketua Polis Kemaman Mohd Razi Rosli
Ketua Polis Kemaman Mohd Razi Rosli berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 19 hingga 28 tahun itu ditahan susulan laporan daripada seorang wanita berusia 20 tahun pada Jumaat lepas. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tiga pelarian Myanmar bekerja sebagai buruh binaan dan kebersihan ditahan bagi membantu siasatan kes seksual melibatkan seorang wanita kurang upaya (OKU) di Chukai semalam.

Ketua Polis Kemaman Mohd Razi Rosli berkata, ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 19 hingga 28 tahun itu ditahan susulan laporan daripada seorang wanita berusia 20 tahun pada Jumaat lepas.

“Ketiga-tiga suspek ditahan reman bermula 8 hingga 12 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti suspek lain.

Mohd Razi berkata, polis perlu memberi ruang serta masa secukupnya kepada mangsa sebelum siasatan dilengkapkan, memandangkan wanita itu seorang OKU intelektual.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya mengesan penularan video di media sosial TikTok pada kira-kira 8.30 malam semalam, memaparkan orang ramai berkumpul di depan Flat Kampung Enjin Gergaji susulan kes itu.

Justeru, Mohd Razi menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi ketika siasatan sedang dijalankan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.