Sidang pada 21 Mei itu akan turut membincangkan isu keganasan.
Jemputan itu disampaikan Menteri Kebudayaan dan Informasi Arab Saudi Dr Awwad Salleh Al-Awwad ketika mengadakan pertemuan dengan perdana menteri di pejabatnya di Perdana Putra di sini hari ini.
Menurut jurucakap Kementerian Luar, sidang kemuncak sehari itu dijangka turut dihadiri Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta pemimpin negara Islam lain.
Katanya acara itu antara lain akan membentangkan beberapa perkara termasuk isu keselamatan dan keganasan.
Awwad yang tiba di Malaysia semalam akan terbang ke Indonesia hari ini dan dan seterusnya ke Brunei untuk menyampaikan serupa kepada kedua-dua negara jiran itu. -FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.