`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, May 30, 2017

Sultan Selangor murka ahli Parlimen Subang ceramah dalam masjid

Semua pengurusan masjid perlu akur tidak membenarkan penceramah tanpa tauliah memberi ceramah, kata Pengarah Jais Datuk Haris Kasim.
sivarasa

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dengan tindakan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa yang dikatakan memasuki dan memberi ceramah di sebuah masjid di Subang minggu lalu.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim berkata, perkara berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Munir Bani.
“Seperti mana ucapan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa pada majlis berbuka puasa Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam, semua pengurusan masjid perlu akur tidak membenarkan penceramah tiada tauliah memberi ceramah,” katanya lapor Berita Harian Online.
Menurutnya lagi pengurusan masjid terbabit dipanggil untuk memberi keterangan mengenai insiden itu Jumaat lalu dan kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Istana Selangor.
Rabu lalu, Sivarasa dikatakan memasuki Masjid An-Nur Kg Melayu Subang, sebagai mewakili Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa memberikan ceramah ketika berada dalam dewan solat.
Beberapa gambar kehadiran Sivarasa tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pihak tertentu.
Semalam, Mohd Adzib dalam ucapannya berkata, masih ada penceramah yang mengajar di masjid dan surau di Selangor atau tempat awam tanpa tauliah, sekaligus melanggar peraturan ditetapkan.
Jais ketika ini menjalankan Operasi Tauliah bagi memastikan penceramah jemputan mempunyai tauliah daripada Mais.
FMT cuba menghubungi Sivarasa bagi mendapatkan maklum balas ahli Parlimen Subang itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.