`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 5, 2017

BETULKAH KENYATAAN MAHATHIR INI?

(Dr MIM) – APAKAH wujud unsur I scratch your back you scratch my back di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang DAP?


Ianya sangat jelas jika kita rujuk kronologi kenyataan Dr Mahathir tentang parti cauvinis DAP yang 'secara kebetulannya' dituruti dengan kenyataan Lim Kit Siang yang mempertahankan Mahathir atau skandalnya. Begitu juga kenyataan Kit Siang yang kemudiannya akan dituruti dengan kenyataan Mahathir pula.

Ironinya, kedua-dua veteran politik itu melenting apabila ada pihak mendedahkan wujud pakatan sulit di antara mereka berdua.

Contoh terbaru:

14 Februari 2017 - RoketKini melaporkan kenyataan Dr Mahathir Mohamad dalam satu forum mengakui bahawa gambaran buruk terhadap DAP turut disebabkan oleh beliau sendiri. Tetapi kini beliau menyokong DAP.

2 hari kemudiannya, Kit Siang mengecam penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasat skandal Forex era pemerintahan Dr Mahathir Mohamad.

16 Februari 2017 - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengecam langkah kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar tahun 1990-an.

30 April 2017 - Lim Kit Siang, akan berjumpa pasukan petugas khas yang menyiasat kerugian perdagangan matawang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis 4 Mei 2017

3 hari kemudiannya, Dr Mahathir Mohamad telah membelakangi prinsipnya apabila menulis artikel 12 perenggan mempertahankan parti cauvinis DAP

3 May 2017 - Artikel bertajuk 'DAP' dikeluarkan dalam blog Dr Mahathir yang 100% memuji dan sekaligus membelakangi segala prinsip beliau tentang parti cauvinis itu.

Adegan I scratch your back you scratch my backdi antara Dr Mahathir dan Kit Siang ini sangat jelas dan perlu difahami oleh rakyat. Kedua-duanya juga telah menidakkan segala prinsip yang mereka pegang selama ini.

Dr Mahathir telah merendahkan maruahnya hanya untuk mendapat sokongan dan bantuan parti DAP dengan memberi point lemah ketika mempertahankan parti DAP. Seolah-olah beliau tidak langsung mengeluarkan sebarang kenyataan pedas tentang DAP sebelum ini. Ini terbukti di dalam artikel terbaru tentang parti tersebut. 

Di antaranya, Mahathir telah menulis:
"Yang anehnya parti MCA yang 100% Cina, dan berjuang hanya untuk kepentingan orang Cina tidak ditolak oleh orang Melayu."
Sebenarnya yang aneh ialah sikap Dr Mahathir yang sebelum ini telah menjadi Pengerusi Barisan Nasional selama lebih daripada 22 tahun tetapi tiba-tiba tidak faham tentang konsep di antara parti-parti dalam Barisan Nasional termasuk MCA. 

Walau pun MCA adalah 100% Cina tetapi parti termasuk MCA memegang prinsip kerjasama di antara parti-parti kaum dalam Barisan Nasional.

Malah, selama 22 tahun beliau memerintah, kerajaan campuran BN yang turut dianggotai oleh MCA tidak membelakangi usaha kerajaan untuk membantu kaum Melayu dan Bumiputera. Malah turut disokong di atas semangat Perlembagaan negara. Konsep inilah yang diterima oleh rakyat Malaysia.

Ianya jauh berbeza jika dibandingkan dengan dasar-dasar parti DAP yang masih lagi mempamerkan Deklarasi Setapak 1967 di dalam web rasmi parti tersebut. Ianya secara tidak langsung akan menimbulkan persepsi bahawa parti itu masih lagi memegang prinsip sesat Deklarasi tersebut.

Mahathir perlu tahu intipati Deklarasi Setapak yang melanggar Perlembagaan negara itu iaitu
"Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip ini lah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ DITENTANG - Deklarasi Setapak 1967"
DAP secara jelas MENENTANG kewujudan 'Bumiputera' dan mahukan kesamarataanm etnik. Ianya secara tidak langsung bermaksud parti DAP juga menolak hak-hak keistimewaan kaum Bumiputera yang termaktub di dalam Perlembagaan negara.

Apakah Dr Mahathir Mohamad tidak nampak kesesatan parti DAP itu?

Mahathir juga menulis:
"Walaupun MCA yang menuntut supaya diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua bagi menjadinya lebih kuat dalam Parti Barisan Nasional, ini juga tidak menarik bantahan dari ahli UMNO dan ramai orang Melayu."
Kita tentu masih ingat kenyataan Dr Mahathir apabila pada mulanya mendedahkan bahawa DAP pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada PRU14 nanti. 

Beliau kemudiannya buat U-turn dan menuduh MCA pula. Walaubagaimana pun, Ketua Penerangan PPBM, Kamarudin Md Nor dilaporkan berkata 'Mahathir kata pernah DAP sebut soal jawatan Timbalan."

Yang pastinya, MCA tidak pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sejak DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009. Najib Razak juga menyifatkan dakwaan seperti itu sebagai satu pembohongan.

Dr Mahathir juga menulis,
"Sebagai anggota dalam Pakatan Harapan DAP telah menyatakan secara terbuka dan menandatangani penyataan sokongan Pakatan Harapan kepada Perlembagaan Malaysia."
Selain daripada Deklarasi Setapak 1967 yang menyesatkan itu, Mahathir juga perlu tahu bahawa di antara dasar parti cauvinis DAP terang-terangan telah menggariskan:
" Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan berlaksanaan kesaksamaan etnik "
Jika begitulah Deklarasi sesat dan dasar parti DAP, rakyat tidak mungkin akan percaya kononnya DAP bersama Pakatan Harapan dan secara bersendirian menyokong dan mengiktiraf hak Istimewa Melayu dan Bumiputera. Apakah Mahathir sanggup?

Dr Mahathir juga menulis:
"Dari 222 kerusi parlimen hanya 52 sahaja yang mempunyai majoriti Cina. Untuk mendiri Kerajaan DAP perlu miliki lebih daripada 111 kerusi. Jelaslah DAP tidak memiliki cukup kerusi. Tetapi ia boleh menganggotai Kerajaan campuran walaupun kurang dari kerusi Melayu. Demikian juga MCA dan Gerakan."
Nampaknya, Dr Mahathir mungkin terlupa dengan matematik mudah tentang penguasaan parti cauvinis DAP.

Pada Disember 2016 semasa Persidangan Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa parti DAP bertanding 51 daripada 222 kerusi Parlimen. Bersandarkan kepada sejarah, parti DAP akan bertanding di kerusi parlimen yang mempunyai majoriti kaum Cina. Dan jika tsunami kaum masih lagi melanda PRU14, parti DAP berkemungkinan akan menang lebih daripada 70% kerusi tersebut.

3 parti iaitu PPBM, PKR dan PAN pula akan terpaksa berkongsi kerusi parlimen lain yang tidak sekuat sokongan pengundi seperti di kerusi-kerusi DAP.

Untuk majoriti mudah, parti perlu menang 112 kerusi parlimen. Matematik mudah akan menjuruskan kepada parti DAP akan menjadi dominan dari segi bilangan kerusi parlimen jika dibandingkan dengan 3 parti yang lain. 

Sejarah telah membuktikan bahawa walau pun Menteri Besar Perak adalah Melayu tetapi kedominan DAP dalam kerajaan Perak pada tahun 2008 begitu jelas.

Begitu juga dengan DAP yang begitu dominan di negeri Pulau Pinang sehinggakan mereka sanggup memecat jawatan GLC rakan-rakan politik daripada parti PKR. Begitu juga dengan pelbagai skandal yang melibatkan bilion ringgit wang rakyat. Kerajaan DAP juga telah masuk campur hal ehwal fatwa dan agama Islam. 

Malah parti PAN diketahui sekadar proksi dan pak turut parti DAP.

Maka isunya bukan 'mendirikan kerajaan DAP' seperti yang didakwa oleh Mahathir tetapi parti DAP yang bakal menguasai kerajaan campuran tersebut. Lebih memeranjatkan lagi ialah artikel Dr Kamarul Zaman IKSIM yang menulis bahawa mungkin benar DAP tidak pernah meminta seorang Cina untuk menjadi Perdana Menteri. 

Bagaimanapun, Guan Eng sendiri pernah menyebut dalam satu majlis dialog tertutup di Singapura pada 10 Disember 2014 bahawa kaum bukan Melayu berpeluang menjadi Perdana Menteri sekiranya Perlembagaan Persekutuan dikekalkan bentuknya seperti sekarang. Apa sahaja deklarasi yang dibuat oleh parti tidak mempunyai kesan perundangan berbanding peruntukan Perlembagaan, ujar Kamarul lagi. 

Seperkara lagi, PM Najib Razak tidak menyebut jika pakatan pembangkang berkuasa, DAP akan jadi Perdana Menteri. Apa yang disebut hanyalah DAP akan jadi dominan kepada kerajaan campuran Pakatan Harapan. 

Ianya berlawanan dengan dakwaan Mahathir. Malah sebenarnya, Dr Mahathir sendiri yang pernah mengulas tentang senario yang akan berlaku jika Kit Siang menjadi Perdana Menteri.

Lihat video di bawah :


Dr Mahathir juga membangkitkan kerjasama negara Malaysia dengan negara China dengan mendakwa kononnya kemenangan Najib dan UMNO akan mengikat Malaysia dengan negara China, dan Malaysia tidak lagi dapat mengamal dasar luar berkecuali seperti dahulu. Padahal sebelum ini, Dr Mahathir juga telah menjalinkan perhubungan dengan negara China.



Persoalannya, apakah dengan memuji parti DAP di dalam blog beliau, Dr Mahathir akan mendapat pertolongan Kit Siang DAP untuk tidak lagi membangkitkan segala isu-isu yang di bawa oleh veteran DAP di masa pemerintahan beliau tentang skandal Forex yang merugikan bilion ringgit wang rakyat?

Apakah Kit Siang akan menggunakan acuan yang sama seperti kenyataan Anwar Ibrahim yang hanya menuding jari kepada TS Nor Mohamed Yakcop seorang sahaja dan langsung tidak menyentuh nama Dr Mahathir, Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim yang merupakan pelakon utama skandal Forex?

Kali ini rakyat tidak mudah lupa!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.