SEBELUM ini tersebar segala bukti dan dakwaan bahawa para pelajar UiTM dari pelbagai cawangan di seluruh negara dikerah untuk menyertai Himpunan 71 Tahun Umno yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Punca Umno terpaksa menggunakan budak-budak UiTM bagi meramaikan himpunan mereka adalah kerana program tersebut tidak mendapat sambutan dari kalangan ahli-ahli UMNO sendiri.
Walaupun ahli-ahli Umno diumpan dengan hadiah-hadiah cabutan bertuah bernilai RM1 juta supaya hadir ke perhimpunan tersebut, nampaknya hanya segelintir yang termakan umpan sekaligus berjaya diperbodohkan.
Malah walaupun puluhan ribu pelajar UiTM sudah dikerah ke perhimpunan tersebut, jumlah hadirin yang datang memenuhkan stadium masih sangat-sangat mengecewakan.
Walaupun TV3 melaporkan ratusan ribu hadirin membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, namun itu hanyalah propaganda politik murahan media pengampu.
Hakikat sebenar, menurut Wikipedia, Stadium Nasional Bukit Jalil hanya mampu menempatkan penonton seramai 87,411 orang dalam satu-satu masa.
Namun Himpunan 71 Tahun Umno hanya mengisi tidak sampai separuh kerusi penonton, malah hanya sebahagian kecil kawasan tengah stadium diisi.
Lihat Rakaman video ini yang diambil ketika Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bersama pemimpin-pemimpin sedang menyanyikan lagu Umno.
Cuba bayangkan, kalau tiada budak-budak UiTM berapa kerat sangatlah ahli-ahli Umno yang hadir ke stadium Bukit Jalil pada waktu itu?
"Nama himpunan patut ditukar kepada Himpunan pelajar UiTM"
-milosuam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.