`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 23, 2017

Mat Over nafi insiden tampar cubaan kembali berlakon

Pelakon era 90-an itu yang kini berdepan siasatan polis enggan mengulas lanjut.
mat-over-sulaiman

PETALING JAYA: Pelakon Sulaiman Yassin yang menampar pengarah filem Datuk David Teo di hadapan perdana menteri sewaktu Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) minggu lalu menafikan insiden itu suatu taktik untuk kembali menaikkan semula namanya di bidang hiburan tanah air.
Sebaliknya, Sulaiman atau Mat Over berkata beliau selalu diundang ke acara pentas dan menolak tawaran berlakon.
“Abang tolak banyak iklan, tawaran memang banyak, cuma abang tidak mahu terlibat jika episod banyak sangat, kerana ia melibatkan waktu ibadah abang. Abang banyak ambil telemovie,” katanya dihubungi FMT.
“Tetapi bila benda ini berlaku, rakyat Malaysia biasalah, sekejap sahaja. Persembahan pentas memang ada dari dulu lagi, biasa sahaja. Kalau saya tidak buat pengacaraan, mereka panggil saya untuk menyanyi,” kata pelakon yang pernah terlibat dalam sitkom era 90-an, “Pi Mai Pi Mai Tang Tu”.
Mat Over kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan selepas polis menerima 2 laporan, termasuk oleh pihak polis.
Rabu lalu, kekecohan berlaku pada program Datuk Seri Najib dengan golongan penggiat seni apabila Teo mempersoalkan Datuk Rosyam Nor yang tidak memberikan peluang kepada semua yang hadir bertanyakan soalan.
Ketika Teo memulakan soalannya, Mat Over tiba-tiba muncul ke pentas menampar Teo sambil disaksikan Najib. Mat Over kemudian dilaporkan berkata tindakan itu supaya “mengajar” Teo yang dituduh biadap terhadap perdana menteri.
Dihubungi FMT, Mat Over berharap kontroversi mengenainya tidak lagi dipanjangkan memandangkan beliau sendiri mendapat teguran dari wakil Najib supaya “tidak bercakap banyak” mengenai insiden itu.
“Nanti berlaku spekulasi yang tidak diingini kerana benda berlaku di hadapan mata dia (Najib).”
Menurutnya, ia berkait dengan maruah Najib yang menjadi tuan rumah program yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya itu.
“Saya tidak berani hendak komen lagi. Cumanya minta supaya jangan panjangkan insiden ini,” katanya dihubungi FMT. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.