Orang Melayu UMNO maksudnya.
Apa durjana dan musibah yang paling besar dalam negara kita? Jawapan nya tidak lain ialah pimpinan yang korap. Saya hanya cakap perkara ini terus terang. Biarlah orang tidak suka.
Pemimpin UMNO rasuah dan korap. Jemaah menteri kaya raya dengan cara yang mencurigakan. Pegawai tinggi kerajaan sudah terbukti rasuah. Jika yang diatas rasuah, maka besar kemungkinan yang dibawah rasuah.
SPRM gegak gempita bertempik kata- SPRM rakyat yang punya. Jika demikian, siasat Sharol Helmi, siasat Ismee Ismail, siasat Jho Low, siasat Casey Tang , siasat Jasmine Loo. Kenapa kita hendak lucut kerakyatan Jho Low? Jangan, sebab kita hendak bawak dia ke pengadilan Malaysia.
Rasuah diterima sebagai amalan biasa. Bila diterima sebagai amalan biasa ia jadi sebahagian dari budaya. Adakah rasuah itu sebahagian dari budaya Melayu?
Ah- kalau pembangkang dapat kuasa dia orang akan rasuah juga. Adakah ugutan kehadapan- prospective blackmail seperti ini, memberi alasan kita kekal dengan Najib? Kita menyangka bahawa semua orang yang berkuasa akan bersikap dan berkelakuan seperti Najib dan rejim nya.
Negeri yang diperintah oleh Pakatan harapan- Pulau Pinang dan Selangor berjaya dengan rasuah yang minima. Mereka mencatat kemajuan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan tahap kepedulian kepada rakyat lebih baik dari UMNO.
Siapa mahu percaya kata2 Adnan Mansur bahawa UMNO komited terhadap rakyat? UMNO tidak ada monopoli keatas kepedulian kepada rakyat. Semua orang yang berkuasa dan menjadi kerajaan akan bercakap demikian. Jadi, jangan lah hendak temberang rakyat.
Orang yang menjaga institusi agama pun tidak terkecuali dari rasuah. Sebab itu transparency International Malaysia 2017, menyatakan bahawa 31% dari mereka yang bertugas dengan institusi agama termasuk mahkamah syariah, terlibat dengan rasuah kewangan.
Bukan sahaja Najib, tapi juga menteri, pegawai atasan dan penjawat awam yang membuat keputusan. Yang terlibat memberi kontrak, pembelian, yang membuat keputusan semua akan disiasat.Semua terlibat dengan rasuah pada tahap masing2.
Adakah orang ini semua akan duduk berdiam diri? Mereka akan mempertahankan UMNO sehingga tetesan darah terakhir.Untuk menghalag dari masuk jel.
Jadi kita tidak hairan jika Najib cakap mempertahankan UMNO sehingga tumpa darah. Jika tumpah darah itu ugutan untuk mencetuskan huru hara, maka polis mesti bertindak. Sesiapa yang mencetuskan keganasan mesti di tangkap oleh polis.Orang UMNO bukan diatas undang2.
Apa mesej yang disampaikan oleh Najib dalam sambutan UMNO ke-71? Secara umum ianya ialah cakap besar untuk menaikkan semangat ahli UMNO yang datang. UMNO parti polituk terbesar orang Melayu hari ini terpaksa mengangkut perwakilan dan mengadakan cabutan bertuah? Apa jadi dengan semangat perjuangan?
Kenapa kena gembeling pelajar UITM? Bukankah ahli UMNO ada 3 juta? Jika 10 ribu yang hadhir dan 2 ribu dari nya pelajar dan 1000 budak PLKN, maka ahli UMNO mungkin 7000 sahaja.
Himpunan BERSIH lagi ramai dan ia nya lagi menyeramkan dari himpunan kabilah UMNO.
Saya harap orang ramai jangan ribut bila tengok kabilah UMNO berkumpul. Biasa je riuh rendah nya. Kita sudah pun mengalahkan mereka dari segi undi popular. Ertinya, mereka boleh dikalahkan walaupun jutaan duit diguna untuk mengumpan orang. Kasih sayang dan perpaduan bukan boleh dibeli semuanya.
Siapakah yang mahu bersatu padu dalam melakukan angkara durjana?
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ - 8:63
Dia lah yang menyatupadukan dikalangan orang yang beriman. Dan jika kamu membelanjakan seluruh kekayaan kamu seisi muka bumi ini, kamu tidak akan boleh melakukan nya. Sesungguhnya dialah maha kuasa dan maha bijaksana
Maka jika Najib membelanjakan semua duit dari 1MDB, semua duit komisyen ECRL, semua duit dari TRX, duit dari penjualan EDRA, semua duit dari Bandar Malaysia, dia tidak akan berjaya menyatupadukan hati rakyat semua. Sebab Najib bukan nya Tuhan.
Walaupun ada orang kata perjuangan Najib ialah mengikut sunnah dan ada juga yang berkata kalau tak percaya pada Najib sama seperti tidak percaya kepada Tuhan.
Mudah mudahan kita tidak akan lihat pecacai UMNO dan penjilat buntut Najib seperti ini selepas PRU14.
1MDB hutang lebih dari 50 billion. Bolehkah kerajaan membayar nya ini? Diberi masa, semua boleh dibayar. Kalau kita monetise semua asset- yakni menjual asset kita, hasil nya boleh guna untuk bayar. Malah jika ada lebihan, boleh sapu lagi. Satu bumi Malaysia pun boleh dijual untuk menutup lubang. Isu nya bukan boleh bayar atau tidak- isu nya ialah siapa yang beri Najib kuasa untuk jual harta benda kita. Kita tidak pilih pemimpin untuk mengosongkan asset kita.
Tapi pernah kita terfikir- penjualan asset ini bererti menjual sebahagian dari negara kita? Kita jual EDRA bererti kita membenarkan China memasuki pasaran penjualan tenaga. Kita jual Forest Ciy, kita jual Melaka gateway, ECRL, China-Pahang development, pelabuhan2 lain bererti kita memberi China akses kedalam Negara kita dengan mudah.
Bersediakan kita memaafkan rompakan dan rasuah yang mendahului segala projek yang dilakukan oleh kerajaan? Jika kita bersedia, tak usahlah orang Melayu bercakap mengenai bangsa dan jangan sentuh lah soal agama.Mereka tidak layak bercakap mengenai moraliti tinggi, wasathiyah, maqasid syariah dan sebagainya.
Bila tak jadi jual 60% Bandar Malaysia, bererti Malaysia pegang 100%. Najib boleh shopping mencari sesiapa yang hendak beli tanah tersebut pada harga yang lebih tinggi. Berapa harga baru? Katalah jual 5 billion . Masih ada hutang 1MDB. Kemudian syarikat JV membangunkan kawasan ini dan dapat , sebagai contoh GDV RM200 billion . Kalau 40% ada 80 billion sap sap sui. Boleh bayar.
Tapi itu jangka masa pajang. GDV tak kira kos lagi. Tolak kos, tolak kommisyen dan kos rasuah, mungkin realised value hanya RM60 billion. Cukup untuk bayar. Tapi kebolehan membayar ini datang dengan kos yang tinggi.
Rasuah dan penipuan awal kita tidak kira. Kita kata ok sebab setelah gadai , dan jual, kita kata duit dah ada, boleh bayar. Adakah ia boleh mengensel penipuan dan rompakan dan jenayah yang berlaku?
Walaupun setiap sen dibayar, jenayah tetap jenayah. Pemimpin kita tetap menipu dan mencuri wang. Jangan sebab kita boleh bayar dengan kos yang tinggi, kita kata tidak mengapa.
Kemudian, orang juga bertanya maksud mempertahankan UMNO sehingga tetesan darah? Itu maknanya, mereka akan berkerja bermati matian. Mengenai kerja kuat, kita tidak sangsikan. Mereka akan berkerja bertungkus lumus mempertahan gaya hidup yang mereka nikmati selama ini- yakni mendapat laba tanpa usaha, hidup dengan perasaan ada hak semula jadi. Jadilah mereka orang yang sombong dan bongkak bersembunyi disebalik agama dan bangsa.
Memanglah benar- AlQuran menyatakan bahawa Tuhan mengadakan pembesar2 negara yang jahat untuk melakukan tipu muslihat dalam negara. Yakni pembesar kerajaan dan pembesar agama. Tapi mereka menipu dan berlihai sesama sendiri. Orang2 PAS yag warak yang tidak reti bermain politik akan dibeloti oleh Najib. Haji Hadi ingat dia pandai. Mungkin dalam hukum hakam bidang dia, dia pandailah. Tapi dalam politik harian, dia sama bodoh atau sama cerdik dengan kita sahaja.
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا فِيهَا ۖ وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ - 6:123
Maka dengan ini Kita jadikan para pembesar dalam setiap negeri menjadi penjahat2 nya untuk melakukan tipu daya dan angkara durjana masing2. Tapi mereka berangkara sesama sendiri kerana mereka akan jadi mangsa kepada kedurjanaan mereka sendiri tapi mereka tidak menyedari nya.
وَكَذَٰلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ - 6:129
Dan bahawasanya Kita menjadikan sebahagian penjahat kawan kepada mereka kerana mereka mendapat habuan dari kejahatan mereka.
Inilah yang terjadi dalam negara kita hari ini.Suatu masa dahulu, gabungan pelampau agama dan pelampau nasonalis disebut sebagai Fascisme.
Posted by Ariff Sabri (with permission)
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
ReplyDeleteSaya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...