`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 6, 2017

RAFIZI GAGAL TUNJUK SIAPA BERI DANA INVOKE & NOW PROVOKASI ADAM BERJAYA




1. Polemik pergaduhan pemimpin PKR antara Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Ampang (dicutikan) dengan Rafizi Ramli serta Latheefah Koya semakin menarik apabila Adam Rosly mencabar Rafizi Ramli untuk mendedahkan kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW). Kata Adam dia sangat bersabar dengan Rafizi tetapi dia perlu bersuara. 3 cabaran Adam ialah;

i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW.

ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini

iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.


2. Sumber mendedahkan Adam Rosly tidak mungkin berani bersuara tanpa arahan Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang dan Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Jadi cabaran Adam adalah atas arahan Azmin dan Zuraida sebelum mereka menjadi ahli jawatankuasa disiplin bagi kes Adam itu. 


3. Sekian lama pelbagai pihak mendesak Rafizi mendedahkan dana Invoke dan NOW tetapi tidak pernah didedahkan. Isu NOW pernah menjadi isu tahun 2015 nampun senyap selepas itu. Hanya dengan pergaduhan sesama PKR antara Latheefa Koya, Adam Rosly dan Rafizi tidak sampai 24 Jam Rafizi menjawab cabaran Rafizi. 

4. Ujar Rafizi menyahut cabaran, walaupun beliau tidak perlu melayan karenah Adam kerana sedang direhatkan dalam PKR, namun sebagai penjawat awam, beliau perlu tangkas memberi jawapan dalam semua isu bersabit ketelusan.

"Oleh yang demikian, saya sertakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi Invoke dan NOW seperti yang ditunjukkan di Lampiran A dan B". Kata Rafizi dalam kenyataan medianya


5. Kita boleh melihat kebodohan dan emosi yang tebal antara Rafizi dan Adam Rosly. Mari kita teliti dokumen jawapan yang didedahkan oleh Rafizi sama ada menjawab cabaran atau tidak. Ataupun kita masih ada persoalan lain. Jika sebelum ini kita melihat gaya keupayaan Rafizi penuh andaian menjejak sumber dana dari pelbagai pihak seperti isu 1MDB dan SRC. Kita juga mahu menjejak dana yang ditunjukkan oleh Rafizi. Rafizi mesti menjawabnya. Adam juga tentu tidak berpuas hati.










Dimanakan kutipan dana Tutup 1MDB yang pernah dianjurkan NOW?

6. Rafizi menunjukkan Invoke adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk kepada Akta Syarikat. Rafizi menggunakan alasan Tahun kewangan Invoke Solutions Sdn Bhd berakhir 31 Disember 2017 jadi orang ramai boleh menyemak kedudukan kewangan Invoke dari semasa ke semasa mengikut carian di SSM. 

7. Ketika berhadapan isu Syarikat Oversight and Whistleblowers Sdn. Bhd (NOW) tahun 2015 Rafizi Ramli merupakan pengarah dan memegang kepentingan sebanyak 50% dalam Syarikat Oversight and Whistleblowers Sdn. Bhd. Sekalipun tidak berdaftar dan tidak mempunyai lesen untuk mengutip derma daripada pihak awam atau menerima apa-apa peruntukan daripada pihak ketiga, namun Rafizi telah melakukannya dengan alasan yang sangat minimal. Kini Rafizi melakukannya sekali lagi dengan INVOKE. 

8. Banyak persoalan timbul iaitu dari dokumen dari penjelasan Rafizi mengenai INVOKE dan NOW termasuk tidak menjawab cabaran Adam Rosly iaitu kepada kepada siapa dana disalur dan siapa pemberi kutipan derma itu juga banyak perincian yang tertinggal dari Rafizi Ramli. Antaranya; 

i. Suntikan dana peribadi oleh Rafizi Ramli dari Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera, Gaji Ahli Parlimen dan perbelanjaan kad kredit berjumlah RM 787,049. Tidak ada perincian dan bukti mengenainya

ii. Kutipan jualan meja, tiket dan barangan semasa majlis kutipan dana RM 875,369 siapa yang menderma dan membeli meja? Orang hendak tahu adakah syarikat atau individu berkepentingan?

iii. RM1,063,066 dari jualan perkhidmatan sukarelawan dan pemindahan bank. Siapa penyumbang? Tidak ada perincian setidaknya senarai awal yang menyumbang.

iv. Kepada siapa bayaran penganjuran majlis kutipan dana dibuat berjumlah RM237,929?

v. Benarkah pembayaran gaji pekerja INVOKE (80 orang kakitangan tetap) RM 888, 487. Siapa mereka ini dibayar dengan jumlah yang besar?

9. Mengenai Syarikat Oversight and Whistleblowers Sdn. Bhd (NOW) Rafizi menjelaskan sepanjang tahun 2016 dan 2017 NOW tidak mempunyai sebarang majlis kutipan dana atau sebarang kempen kutipan dana online.  Persoalannya NOW ditubuhkan sejak tahun 2012 dan selama 5 tahun dimanakah dana kutipan derma itu seperti Kutipan untuk menutup 1MDB yang pernah dianjurkan NOW? Siapakah yang menyumbang? Bukankah NOW dan INVOKE telah menyalahi undang-undang di bawah Bank Negara Malaysia dan dianggap melakukan kutipan deposit haram dari orang awam?

10. Nampak tak Rafizi berusaha hendak menelanjangkan orang lain tetapi kerana provokasi Adam Rosly dia terkena batang hidung sendiri. Rafizi sendiri tidak berani mendedahkan siapa nama penderma, kepada siapa mereka bayar, siapa yang dia gajikan sehingga RM 888, 487, 80 orang itu. 


Captain M
5 Mei 2018

1 comment:

  1. Perangkap yang dipasang bertujuan. memecahkan/belahkan..
    kaum sendiri. ... Jadi berhati hati bila mengutarakan pendapat..
    (This people/bloggers..they care less.."janji duit masuk")

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.