`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 23, 2017

‘THIS IS THE LAST BATTLE! THE PEOPLE WANT TO WIN GE14 – NOT ANOINT ANWAR AS PM’: TIAN CHUA TELLS OPPOSITION TO FOLLOW DR M’S EXAMPLE, LIFT COUNTRY OUT OF NAJIB’S MESS

SHAH ALAM – PKR vice-president Tian Chua today urged the people to use former prime minister Dr Mahathir Mohamad as an example to unite and make political changes.
“When Mahathir was accused of making a U-turn by critics for joining the opposition, he answered that only fools will not make a U-turn.”
He said the three-day PKR congress, which ended today, would be the last meeting before the general election which should be held before the middle of next year.
He said the people were suffering due to the high cost of living and this had become a burden to them.
“The victory will be for the people if they unite behind us in GE14,” he said to thunderous applause.
Other delegates and top leaders raised the issues of the high cost of living, stagnant wages and corruption in facing GE14.
PKR secretary-general Saifuddin Nasution, during his speech, said there was no way the party would allow its 30 parliamentary seats it won during the last general election to be taken over by others.
“The areas we won with slim majority cannot be given to anyone.”
He said PKR alone would not be able to defeat Umno.
“That is why we have Pakatan Harapan to win over the people.”
All the top PKR leaders backed party president Wan Azizah Wan Ismail’s call to make its jailed de facto leader Anwar Ibrahim the prime minister once the opposition wins in GE14.
Shouts of “reformasi”, “Bebas Anwar” and “Lawan tetap lawan” (keep on the fight) filled the hall of Dewan Raja Muda Musa here throughout the day.
PKR vice-president Rafizi Ramli said Wan Azizah should be the interim prime minister while waiting for Anwar to be released from jail.
He reminded Prime Minister Najib Razak not to steal a slogan commonly used by PKR, “lawan tetap lawan” (keep on fighting).
The Pandan MP said Najib during a meeting with Umno cybertrooper recently had used the same slogan, “lawan tetap lawan”.
“That means he is ready to be in the opposition,” he quipped.
He said the opposition, including PAS, needs to win 112 parliamentary seats. At present, 88 seats belong to the opposition.
Wan Azizah Wan Ismail said the task ahead to win the polls was not easy.
“We should dry our tears and go ahead with our work. To win. “
BELOW IS FULL MEDIA STATEMENT FROM TIAN CHUA, MP FOR BATU
Saudara Pengerusi Tetap, DS Presiden, DS Timbalan Presiden, para perwakilan & pemerhati:
• Kongres kali ini diadakan dalam suasana yang cukup mencabar. Negara dan masyarakat mengalami kemerosotan & kerosakan semua aspek. Rakyat sengsara ditekan krisis ekonomi, politik dan etika akibat pemimpin negara yang tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah, berkelaukan perompak dan bankrap dari segi moral. Kini rakyat mendahagakan kepimpinan, mereka letih dan kecewa dengan pertelingkahan, perselisihan politik dan ketidaktentuan. They want leadership!
• Para perwakilan, masa inilah memerlukan peranan KEADILAN. We are here to provide the leadership. Parti ini dilahirkan dalam zaman pergolakan. Kita adalah wahana yang diilhamkan Sdr Anwar ibrahim ketika dalam keadaan menindas. Parti ditubuhkan dengan penyatuan pelbagai arus, kaum, agama dan menyeberangi batasan ideologi politik sempit.
• Para perwakilan, inilah parti pilihan sahabat-sahabat seperjuangan ku. Parti ini telah menjadi pilihan tetap rakyat Malaysia yang menginginkan demokrasi dan kesaksamaan. Bukan saja kita memiliki dinamika kebangkitan gelombang reformasi lawan kezaliman dan rasuah pada tahun 90an. Kita juga pewaris tradisi juangan generasi silam melalui percantuman dengan Parti Rakyat Malaysia pada 2003. Sidang Kongres ini turut disertai veteran seperti Pak Wan Khazim, Dr Syed Husin Ali yang sezaman Allahyarham Ahmad Boestamam. Dengan penyertaan mereka dan ramai tokoh-tokoh lain, kita menyerap jiwa dan sosok nasionalisme progresif dan sifat-sifat kepedulian rakyat. Kita juga menerima manafaat dari pengalaman politik pelbagai aliran dengan kemasukan bekas pemimpin-pemimpin partai pemerintah seperti Umno, MIC, MCA, PBB, PBDS, PBS, Upko, Gerakan dll.
• Inklusiviti dan kemakjumukan adalah kekuatan kita. Matalamat perjuangan kita bukan semata-mata nak tawan Putrajaya sahaja. Malah kita menyambut cabaran sejarah membina bangsa dan negara yang adil, maju, makmur dan saksama. Terbuktinya kita perintis zaman, kita pencipta sejarah! Arah tuju parti ini telah ditetapkan dan dipandu oleh pengasas parti, Ketua Umum tersayang kita. Memang kita yang bersidang di sini sangat rindukan kepimpinan beliau. Walau dipisah oleh sangka besi, kehadiran semangat beliau tetap dirasai. Namun kita harus ingat:
“Anwar Ibrahim did not go to jail to become prime minister, he went to jail to save this country!”
Manifestasi jiwa merdeka yang rela berkorban demi rakyat kekal pada jasad Anwar. Sdr Anwar juga pamerkan sikap seorang demokrat yang menjelmakan segala nilai-nilai murni Islam dalam medan politik, justeru terkenal sedunia sebagai tokoh muslim demokrat. Ciri-ciri utama yang ada pada seorang demokrat termasuk toleransi, menghormati perbedaan pandangan, sentiasa terbuka dan memegang kepada proses dialog untuk menyelesaikan konflik.
• Jelas Sdr Anwar diiktiraf oleh pemimpin-pemimpin politik dan tokoh-tokoh masyarakat sebagai pemangkin bagi mengabungkan kuasa-kuasa progresif menentang rejim kleptokrat. Pagi ini kita menyaksikan satu keajaiban yang tak disangkakan mana-mana pengamat politik. Dulu dalam perhimpunan seperti ini kita laungkan “Turun turun Mahathir”, kini Dr Mahathir, TS Muhyiddin dan ramai yang lain bersama kita lawan pemerintah zalim. Apabila diserang media BN bagaikan pemimpin yang kuat buat U-turn, Dr Mahathir kata hanya driver bodoh sahaja yang tak pernah buat U-turn.
Namun Anwar lebih bijak, beliau di simpang jalan tunggu kawan-kawan buat U-turn: “Hang pi mana? Aku awal-awal dah bilang ini barulah jalan betul!”
Ia insan yang sangat bertolak ansur dan sabar terhadap sesiapa yang U-turn. Beliau sentiasa terbuka menerima mereka yang ingin bergabung kekuatan.
Jiwa besar Anwar mendorong kerjasama antara-parti menghadapi cabaran kritikal. Kerananya kita telah menjadi penyangga atau tulang belakang dalam pembentukan pergabungan Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, kini Pakatan Harapan.
• Para perwakilan, pandangan rakan-rakan Sabah dan Sarawak kita teliti. Negara ini belum boleh dikatakan merdeka sepenuhnya jika rakyat sesetengah wilayah tidak menikmati kesaksamaan. Dasar pentadbiran negara di bawah BN nyata bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. KEADILAN bukan parti Semenanjung, KEADILAN adalah parti membangun bangsa Malaysia. Dari awalnya kitalah menjagohkan kuasa Sabah dan Sarawak menepati Perjanjian Malaysia. Kita dahulukan inisiatif mendesak 20% royalti dikembalikan kepada negeri-negeri penghasil minyak. Kita seru cukai kabotaj dimansuhkan. Baru sekarang BN mahu tiru dasar-dasar kita. Tapi tiru pun tak cara ikhlas. Umpamanya cukai kabotaj, rakyat Sabah Sarawak masih keliru sama ada ia sudah dihapuskan atau cuma ditangguhkan sementara.
• Autonomi, impian rakyat atau cita-cita kita ingin menobatkan Anwar jadi perdana menteri dan sebagainya tidak akan tercapai sekiranya kita gagal kalahkan BN. Sasaran kita satu, musuh kita satu — yaitu rejim Najib yang sombong dan rakus. Matalamat kita fokus kepada kalahkan BN dan jatuhkan Najib. Kita bukan nak gaduh dengan mana-mana pihak baik pun kawan atau parti persaingan lain. Jangan membazir peluru di luar tumpuan sasaran.
Kemenangan kita di negeri Selangor, Pulau Pinang membuktikan bahawa banyak perubahan mampu kita lakukan. Rekod cemerlang pencapaian negeri Selangor adalah kebanggaan Parti Keadilan. Kepimpinan negeri Selangor boleh dijadikan tauladan bagi negeri-negeri yang impikan kemakmuran dan kemajuan. Walaupun dibanding dengan Sabah dan Sarawak, kuasa negeri Selangor lebih terbatas oleh Perlembagaan Persekutuan, MB Selangor telah pernah tunduk kepada segala ugutan perintah pusat, malah bertindak lebih tegas dan berani pertahankan hak negeri dan kesejahteraan rakyatnya.
Apa erti autonomi jika rakyat tidak bebas buat pilihan? Kebebasan jua tiada makna sekiranya rakyat tidak dapat nikmat hasil sumber alam dan khazana negara.
• Di ambang peralihan zaman ini, ayuh rakan-rakan seperjuangan, bersiap sedia menghadapi pertempuran terakhir! This is the last battle! Sejarah menuntut kita buat pilihan — sama ada kita memihak di sebelah kebenaran dan keadilan, atau biarkan diri bersekongkol lanjutkan hayat rejim penyamun rasuah. KEADILAN bertekad memimpin arus perubahan melangkah ke era baru. Sahabat-sahabat ku dalam perjuangan, terutamanya kita yang sejak permulaan berbaris di jalanraya, berhadapan dengan kekerasan FRU, dan menghidu asap pemedih mata, perjuangan ni bukan milik mana-mana individu atau kelompok. Perjuangan ini dan kejayaannya adalah milikan semua. Jangan dihampakan harapan rakyat dengan kepentingan sempit, agenda peribadi dan perebutan jawatan. Pasti kita akan pertahankan matalamat mulia perjuangan ini.
Marilah kita bersatu, bangkit lawan rasuah, selamatkan Malaysia! Jatuhkan Najib! Jatuhkan Najib! Jatuhkan Najib!
Reformasi! 3x
Akhir sekali, saya ucapkan selamat menyambut Kaamatan dan Gawai kepada rakan-rakan Sabah dan Sarawak, dan kepada semua perwakilan, selamat pulang ke negeri masing-masing. Sekian terima kasih.
Ucapan pengulungan Tian Chua di Kongres Parti Keadilan Rakyat, 21 Mei 2017.
– MAILBAG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.