`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 5, 2017

VIRAL: Memalukan... Kisah Di Sebalik 2 Lelaki Larikan Lori Milik Penguatkuasa Majlis Bandaraya P.Pinang (Video)




GEORGE TOWN: Dua lelaki telah bertindak membawa lari lori milik penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) gara-gara bengang gerai mereka diserbu.

Dalam kejadian di Jalan Tanjong Tokong pukul 8.50 malam Khamis itu, seorang lelaki telah memandu lori MBPP dalam keadaan marah, manakala seorang lagi rakannya merakam video mereka sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada MBPP.
Lelaki berkenaan turut mendakwa MBPP dan Ketua Menteri Pulau Pinang rasis apabila hanya menyerbu dan menyita gerai yang dimiliki peniaga Melayu.

Dalam video tersebut yang tular di media sosial, dapat dilihat beberapa motosikal, dipercayai penguatkuasa MBPP sedang mengekori lori berkenaan.

Lori tersebut dipandu menuju ke Balai Polis Pulau Tikus. Sebaik tiba, mereka terus membuat laporan polis.

Difahamkan, salah seorang peniaga yang terlibat dalam kejadian itu adalah Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain, 27.

Dia kemudian memberitahu pemberita bahawa keputusan untuk bertindak sedemikian dibuat selepas anggota penguatkuasa MBPP menyita meja dan kerusi di gerai makannya tanpa memberikan sebarang notis.

Mohammad Haziq mendakwa ini adalah percubaan ketiga oleh pihak berkuasa berkenaan untuk menyerbu gerainya dan dia telah cuba memohon lesen daripada MBPP tetapi ditolak.-MStar

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.