Amanah sedih Hadi guna Islam pertahan kerajaan pencuri dan perompak
Ketika Amanah merasa sedih Islam dipergunakan untuk mempertahankan kerajaan kleptokrak yang mencuri dan merompak wang rakyat, DAP pula menyifatkan presiden Pas sebagai pembela Datuk Seri Najib Razak paling besar berbanding pemimpin Umno sendiri.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, yang paling menyedihkan beliau dengan kenyataan Hadi adalah Islam digunakan untuk berhujjah membela Najib.
"Saya paling sedih Islam telah dipergunakan untuk membela Najib dan kerajaan klpetokratnya," kata Khalid mengulas gesaan Hadi agar jangan membawa negara luar untuk menyiasat isu 1MDB dan lain-lain penyelewengan negara.
Menurut Khalid, Hadi sudah terlalu ketinggalan zaman dalam isu ini.
"Apa yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika adalah menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak dari negara ini yang menyalahgunakan sistem di negara itu untuk merompak wang negara.
"Siapa yang nak panggil Amerika untuk menyiasat isu penyelewengan 1MDB di negara ini. Apa yang dilakukan Amerika adalah bertindakn ke atas penyelewengan yang berlaku di negara mereka," katanya.
Apa yang hendak dibuat di negara ini pula, katanya, adalah mahu menukar kerajaan yang merompak wang rakyat bukan mempertahankan kerajaan kleptokrat ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataannya ketika mengulas gesaan Hadi kepada semua parti politik berkata, Hadi adalah pembela Najib paling hebat berbanding dengan pemimpin Umno sendiri.
"Apa yang tidak boleh dilupakan di bulan Ramadan ini adalah perubahan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pembela Najib dan skandal 1MDB lebih dari sesiapa pun dalam Umno sendiri," katanya.
Katanya, DAP tidak akan menyokong sebarang campur tangan asing ke atas isu dalaman negara ini, "tetapi kita juga tidak menyokong Malaysia menjadi negara kleptokrasi dunia."
"DAP tegas dengan pendiriannya kerana tidak ada agama yang akan menyokong korupsi dan kleptokrasi," katanya.
Berbeza dengan rakan pimpinannnya dalam Pas sendiri, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua pihak agar jangan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman negara seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB.
Dalam surat terbukanya kepada semua parti politik di negara ini, beliau meminta agar jangan bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaian isu dalam negara oleh mahkamah di negara asing.
"Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.
"Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf,"katanya yang dipercayai mengulas tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika yang sedang menyiasat skandal 1MDB yang menggunakan kemudahan di negara itu untuk menipu wang negara. -MD
VIDEO BERKAITAN

Bodoh luar biasa tuduh pembangkang mampu pengaruhi DoJ, kata Dr M
Menuduh parti pembangkang mampu mempengaruhi Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat satu kebodohan luar biasa, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau menjelaskan keadaan di Amerika Syarikat berbeza dengan di Malaysia, di mana presiden pun terpaksa menerima laporan berkenaan salahlakunya daripada pegawai mereka.
“Amerika Syarikat bukan seperti Malaysia,” kata Dr Mahathir dalam blog hari ini. “Presiden biasa disingkir kerana perbuatan yang salah yang dilapor oleh pegawai agensi tertentu.”
“Itulah yang menimpa Presiden Nixon kerana skandal Watergate.”
Beliau menepis dakwaan pembangkang mampu mempengaruhi DoJ kerana tuntutan saman jabatan kerajaan AS itu mengenai jenayah yang dilakukan di negara itu, melibatkan bank dan harta di sana yang menyalahi undang-undang AS.
“Menuduh parti pembangkang di Malaysia mampu mempengaruhi DoJ adalah satu kebodohan yang luar biasa,” katanya.
“Semua ini tentu diketahui oleh orang Umno, terutama pemimpin mereka. Hanya yang telah disumbat dedak dalam mata dan telinga sahaja yang buta dan pekak yang tidak tahu.”
DoJ melalui tindakan terbaru yang difailkan di California mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang kemas dan hak filem yang dibeli dengan dana yang didakwa digelapkan dari 1MDB.
Aset yang disebut dalam permohonan itu termasuk hak filem ke atas 2 cerita komedi, “Dumb and Dumber To” yang dibintangi Jim Carrey dan “Daddy’s Home” yang dibintangi Will Ferrell. Pembikian filem itu didakwa dibiayai jutaan dolar dari dana pelaburan milik kerajaan itu.
Saman sitaan Julai tahun lepas mahu mendapatkan kembali semua aset termasuk tetapi tidak terhad kepada Hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, jet mewah, karya seni, serta biaya filem Martin Scorcese “The Wolf of Wall Street”, yang dibintangi Leonardo DiCaprio.
Keseluruhan nilai aset yang cuba didapatkan DoJ meningkat kepada AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion) dengan tindakan mahkamah terbaru itu.
DoJ mendakwa dari 2009 hingga 2015, lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) milik 1MDB dilencongkan pegawai tinggi dana itu dan rakan mereka.
“Laporan DoJ menunjuk bagaimana berbillion ringgit yang diselewengkan disalahguna…duit diguna untuk beli kapal terbang, kapal mewah, hartanah dan bangunan mewah di AS dan United Kingdom, berlian beratusan juta ringgit sebiji,” kata Dr Mahathir.
“Kita tahu di Singapura beberapa bank hilang lesen kerana terlibat dengan salahlaku wang 1MDB dan lebih 6 orang didenda dan dipenjara kerana terlibat dengan penipuan duit 1MDB,” katanya.
Sementara itu, bekas perdana menteri mencatatkan rasa sedih melihat masih ramai ahli Umno masih bersama Umno sewaktu lawatannya ke Kubang Pasu, Kedah 21 Jun lalu.
Dr Mahathir berkata beliau kembali buat pertama kali selepas 14 tahun meletak jawatan sebagai ketua bahagian Umno, untuk berbuka puasa di Kodiang.
“Ramailah juga ahli-ahli Umno Kubang Pasu yang hadir dalam acara iftar itu. Saya sedih kerana ramai lagi dari mereka yang masih berada dalam Umno,” katanya.
“Tebuslah balik maruah Melayu, agama Islam. Janganlah begitu taksub kepada parti sehingga penyelewengan oleh parti pun tidak dipedulikan.” -FMT
Do you need a hacker for hire? or specialized hack jobs, hack into email accountsgmail, yahoo, aol etc., gain access to various social networks such as facebook, twitter, instagram, badoo etc., specialized and experienced hacking into educational institutions, change of grades, clearing of criminal records, smartphone hack. contact us via hotcyberlord at g mail dot com
ReplyDelete