`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 27, 2017

MAMPUS BN - *TIADA TOL DI PULAU PINANG MULAI 1 JANUARI 2018*

Image result for TOL PenangImage result for TOL Penang

*TIADA TOL DI PULAU PINANG MULAI 1 JANUARI 2018*


1. Sebagai menyahut cadangan Bajet Alternatif 2018 yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH), Kerajaan PH di Pulau Pinang akan menghapuskan tol di Pulau Pinang mulai 1 Januari 2018Selepas tarikh tersebut, rakyat Pulau Pinang dan rakyat negeri lain yang menggunakan lebuhraya di negeri ini tidak perlu lagi membayar tol.
2. Keputusan untuk memghapuskan tol di negeri ini akan melibatkan tol di kedua-dua jambatan yang menghubungkan tanah Semenanjung dan Pulau Pinang serta tol di Lebuhraya Butterworth-Kulim. Manakala tol di Lebuhraya PLUS seperti tol Juru dan tol Sungai dua tidak dapat dihapuskan kerana melibatkan sambungan perjalanan dari atau ke negeri lain, melainkan jika PH selepas ini berjaya menawan Putrajaya.

3. Sepertimana yang disarankan oleh Bajet Alternatif 2018 PH, Kerajaan Negeri akan mengarahkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) milik kerajaan negeri untuk mengambil alih kepentingan syarikat-syarikat konsesi tol tersebut. Kerajaan Negeri menyedari sejumlah besar dana perlu dikeluarkan untuk proses pengambil alihan ini. Bagaimanapun demi kepentingan rakyat PH akan tetap menunaikan saranan tersebut.

4. Kerajaan Negeri akan mengumumkan dalam tempoh masa terdekat, setelah mengenalpasti GLCs yang sesuai dengan jumlah dana yang terlibat. Selepas itu, GLCs berkenaan akan membuat tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi tol untuk mengambil alih kepentingan syarikat-syarikat tersebut.

5. Langkah berani Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini diharapkan akan membuka mata rakyat, bahawa cadangan-cadangan dalam Belanjawan Alternatif itu bukanlah sembang kosong. Ia boleh dilaksanakan sekiranya pemimpin sesebuah kerajaan ada hasrat politik (political will) yang tinggi, berkhidmat untuk kepentingan rakyat.


YAB LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

25 Oktober 2017

My comments :  If Guan Eng can do this by January 2018, the Kleptocracy will be kicked out in the general elections. That is for certain. 

Syabas YAB Lim Guan Eng.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.