`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 15, 2018

Dr M hadiri taklimat tertutup pembangunan Sarawak

Ketibaan Dr Mahathir di Wisma Bapa Malaysia, bangunan pentadbiran kerajaan, disambut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan menteri Kabinet Sarawak.
Dr Mahathir yang juga pengerusi PH tiba di Kuching semalam dalam lawatan pertama beliau ke negeri intu selepas menjadi perdana menteri kali kedua susulan kemenangan PH dalam pilihan raya umum Mei lepas. (Gambar Bernama)
KUCHING: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri taklimat tertutup pembangunan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini.
Taklimat disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
Terdahulu ketibaan Dr Mahathir di Wisma Bapa Malaysia, bangunan pentadbiran kerajaan negeri kira-kira 7.55 pagi, disambut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan barisan menteri Kabinet Sarawak.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) tiba di Kuching sejak semalam dalam lawatan pertama beliau ke negeri itu selepas menjadi perdana menteri kali kedua susulan kemenangan PH dalam pilihan raya umum Mei lepas.
Semalam, beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menghadiri majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan cucu Pengerusi Tenaga Nasional Berhad Tan Sri Leo Moggie. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.