`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 31, 2018

Nga arah RSN Rayer tarik balik ‘kepala bapak’

Timbalan Speaker Nga Kor Ming memberi amaran kepada wakil rakyat DAP itu kerana menggunakan perkataan tidak sopan dalam Dewan Rakyat.
DEWAN RAKYAT
KUALA LUMPUR: RSN Rayer (PH-Jelutong) diarah menarik balik perkataan “kepala bapak”, dipercayai ditujukan terhadap Barisan Nasional, dan diberi amaran terakhir oleh Timbalan Speaker Nga Kor Ming kerana membuat provokasi di dalam Dewan Rakyat.
RSN mengeluarkan kata-kata “tidak senonoh” itu ketika mencelah isu kebajikan polis dan tentera hari ini.
Rayer berkata anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Pulau Pinang terpaksa menggunakan kipas kerana pendingin hawa rosak dan tidak dibaiki sejak 5 tahun lalu kerana tidak ada wang.
“Kononnya BN membela anggota polis dan tentera…’kepala bapak’ mereka,” katanya mencelah ucapan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman.
Kelakuan Rayer itu dikritik wakil rakyat pembangkang. Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) berkata wakil rakyat DAP itu sepatutnya berhujah dengan fakta dan tidak perlu menggunakan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain.
“Jelutong ada di dewan ini sudah 3 minggu tapi saya perhati beliau kerap guna perkataan kadang-kadang kurang ajar dan biadap,” katanya.
Rayer bagaimanapun memberi alasan dia hanya mencontohi Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan).
“Saya tidak akan tarik balik,” katanya.
Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) berkata pemerhatian Rayer dalam isu kemudahan untuk anggota polis tidak tepat.
“Balai Polis Tanjung Karang diberi peruntukan untuk naik taraf balai polis. Kita buat Balai Polis Sungai Petani semasa saja menjadi timbalan menteri. Jangan beri contoh satu tempat sahaja, tengok keseluruhan,” katanya.
Nga kemudian mengarahkan Rayer menarik balik kata-katanya diikuti dengan amaran terakhir.
“Niat baik tapi perkataan yang ditutur itu kurang sopan. Wajib kita elakkan. Kita beri peluang kerana Jelutong orang baru. Harap beliau belajar ‘orang berbudi, kita berbahasa’.
“Hari ini saya maafkan. Jangan ulang lagi. Jangan paksa saya guna kuasa saya,” katanya.
Rayer pertama kali menjadi Ahli Parlimen pada pilihan raya umum 9 Mei lepas. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.