`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, July 14, 2018

KENAPA ZAHID HAMIDI LANTIK BEKAS PEGUAM NEGARA YANG TERCEMAR NAMANYA SEBAGAI AHLI MT?

KUALA LUMPUR, 29 Nov -- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap merasmikan persidangan serentak sayap-sayap parti bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
Presiden UMNO, Zahid Hamidi hari ini mengumumkan lantikan barisan pegawai, Ahli Majlis Tertinggi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri bagi sessi 2018-2021.
Katanya, perlantikan ini adalah langkah pertama beliau untuk membawa UMNO menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam arena politik negara.
Pegawai yang dilantik ialah Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor (Bendahari), Shamsul Anuar Nasarah (Ketua Penerangan) dan dan Mohd Sumali Reduan selaku Setiausaha Kerja.
Barisan Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik pula ialah Norliza Abdul Rahim, Shahril Hamdan, Nurul Amal Mohd Fauzi, Anifah Aman, Tajuddin Abdul Rahman, Mohd Khusairi Abdul Talib, Johan Abdul Aziz, Azizah Mohd Dun, Abdul Rahman Mohamad, Hajiji Noor dan Apandi Ali.
Melihat senarai lantikan tersebut, tentu ramai yang keliru dan pening kepala, pembaharuan apakah yang Zahid Hamidi maksudkan daripada pilihan semua perlantikannya itu?
Apakah pembaharuan yang boleh diharapkan daripada lantikan otai lama yang merupakan pengampu dan pembodek Najib Razak sebelum ini seperti  Annuar Musa dan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari?
Kenapa tidak dilantik daripada kalangan orang muda dalam UMNO sendiri atau profesional yang berwibawa dalam masyarakat?
Yang paling mengejutkan tentunya ialah tindakan Zahid Hamidi melantik bekas Peguam Negara, Apandi Ali sebagai salah seorang Ahli MT UMNO.
Apakah tiada orang Melayu lain yang lebih baik dan tidak tercemar namanya selain Apandi yang boleh dilantik ke jawatan tersebut?
Tidakkah dengan perlantikan itu hanya mengesahkan lagi bahawa semua keputusan Apandi terhadap Najib semasa beliau menjadi Peguam Negara sebelum ini adalah kerana kecenderungannya terhadap UMNO?
Atau gambarannya ialah daripada UMNO beliau datang, maka kepada UMNO jugalah dia kembali?
Lebih dari itu, sebaik Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara selepas pilihanraya 9 Mei lalu, apakah Zahid Hamidi tidak maklum tentang kedudukan Apandi?
Sebagai makluman Zahid Hamidi, di bawah kerajaan baru ini, Apandi bukan saja digugurkan sebagai Peguam Negara, malah juga ditegaskan oleh Tun Mahathir Mohamad tentang kemungkinan beliau akan disiasat kerana menyembunyikan bukti mengenai salah laku 1MDB.
Malah, beliau bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Irwan Siregar Abdullah dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzukifli Ahmad adalah termasuk dalam senarai yang disekat untuk ke luar negara sehingga kini.
Bagaimana jika selepas ini Apandi berdepan siasatan serta pendakwaan di mahkamah?
Tidakkah palitan lumpur dan kekotorannya akan terpalit ke muka Zahid Hamidi sendiri dan UMNO seluruhnya?
– http://shahbudindotcom.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.