Sebelum ini, ketika kerajaan melancarkan Tabung Harapan Malaysia sebagai usaha mengajak rakyat agar sama-sama memikul tanggungjawab meringankan hutang negara yang mencecah lebih RM1 trilion yang ditinggalkan oleh era kepimpinan boros Najib Razak, ramai pemimpin dan penyokong UMNO mencemuh tindakan itu.
Kata mereka, langkah itu lebih menunjukkan kegagalan kerajaan baru pimpinan Tun Mahathir Mohamad dalam mentadbir dan menyelesaikan hutang negara sehingga perlu meminta sumbangan rakyat untuk menyelesaikannya.
Bagaimanapun, tabung itu nyata mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih RM100 juta sudah pun berjaya dikumpul setakat ini.
Tetapi, belum pun lama, cemuhan pemimpin dan penyokong UMNO itu terkena balik ke batang hidung mereka apabila hari ini sekumpulan pemimpin UMNO sendiri terpaksa melancarkan tabung dan kutipan wang daripada orangramai juga.
Bezanya, tabung kali ini dilancarkan untuk membantu Najib untuk membayar wang jaminan atas empat pertuduhan jenayah yang dihadapinya di mahkamah, Rabu lalu.
Menurut laporan, wang kutipan itu akan diserahkan kepada anak Najib pada hari Isnin depan iaitu hari di mana mereka perlu membayar baki wang jaminan sebanyak RM500 ribu.
Daripada jaminan RM1 juta yang dikenakan kepada Najib, RM500 ribu lagi sudah pun dibayar sebelum ini.
Bermakna, UMNO melancarkan tabung lebih untuk menyelesaikan urusan peribadi Najib, manakala tabung Pakatan Harapan adalah demi untuk kepentingan negara.
Cumanya, perlukah sebuah tabung dilancarkan untuk membantu Najib?
Adakah benar beliau dan keluarganya tiada keupayaan untuk melunaskan baki RM500 ribu wang jaminan, kalau pun benar semua akaun bank sudah dibekukan?
Di mana adik beradik Najib yang diketahui semuanya kaya raya dan mempunyai banyak harta?
Kenapa mereka tidak membantu?
Kenapa pemimpin UMNO seperti Zahid Hamidi, Nazri Aziz, Azeez Rahim dan lain-lain juga tidak cuba membantu Najib membayar wang jaminan tersebut?
Kenapa perlu meminta sumbangan orangramai, khususnya ahli-ahli UMNO?
Di sebalik itu, apa yang diharapkan ialah tabung ini jangan sampai gagal dengan jumlah kutipan yang agak mengecewakan akhirnya.
Malu nanti beb….
Logiknya, dengan jumlah keahlian UMNO melebihi 3 juta, jika setiap orang menderma RM1 saja pun, senang-senang lebih RM3 juta dapat dikumpulkan.
Opppsss….kalau RM3 juta dapat dikutip, ia sudah melebihi sasaran kerana yang dikehendaki hanyalah RM500 ribu saja.
Nak dibuat apa dengan wang selebihnya itu?
– http://shahbudindotcom.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.