`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 7, 2018

Tinjauan: Harga ikan bilis mahal, kata peniaga nasi lemak

Peniaga bersetuju harga runcit bergantung kepada harga pembekal selain faktor cuaca dan lokasi memainkan peranan dalam menentukan harga akhir pembeli.
Peniaga nasi lemak berkata, harga ikan bilis sangat mahal dan tidak turun selepas GST sifar. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Walaupun cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kini berkadar sifar harga ikan bilis di pasaran semakin meningkat dan tidak turun seperti bahan mentah lain.
Tinjauan FMT di 2 pasar di Kuala Lumpur semalam mendapati peniaga berbeza pendapat tentang harga sesetengah barangan serta sebab kenaikan atau penurunannya, walaupun kebanyakan mereka bersetuju harga runcit bergantung kepada harga pembekal selain faktor cuaca dan lokasi memainkan peranan dalam menentukan harga akhir pembeli.
“Ikan bilis adalah turun harga sedikit selepas GST 0% apabila kak berniaga dekat sini. Garam turun tapi tidak banyak iaitu dalam 20 sen sebab kita ikut harga pembekal. Jika mereka jual kepada kita dengan harga murah, kita ikut sahaja dan turunkan harga.
Ini berbeza dengan 2 orang peniaga nasi lemak yang ditemui di dalam pasar. Mereka memberitahu tiada perubahan dari segi harga barang mentah untuk membuat nasi lemak, kecuali harga ikan bilis yang semakin mahal.
“Harga ikan bilis sangat mahal sekarang walaupun GST sifar. Sebagai peniaga nasi lemak, ikan bilis perlu ada untuk melengkapkan hidangan, tetapi kami terpaksa mengurangkan ikan bilis daripada biasa supaya harga nasi lemak tidak naik mendadak.
“Barangan tin macam sardin turun harga. Barangan proses sahaja turun harga tapi barangan lain tak pun, harga masih sama kalau kita tengok kat pasar ni hari ini,” katanya kepada FMT.
Menteri pertanian dan indusri asas tani sebelum ini berkata, harga sayur dan daging merosot secara ketara selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) 0% dikuatkuasakan mulai 1 Jun lalu.
Menurut seorang penjual ikan, harga makanan laut akan naik apabila musim hujan melanda di mana penawaran ikan, udang dan sotong sedikit tetapi permintaannya tinggi.
“Walaupun GST sifar, sayur tidak akan terkesan kerana harga akan naik apabila hujan setiap hari kerana ia menjejaskan penanaman sayur dan mengurangkan jumlah sayur di pasaran.
“Saya akan menaikkan harga sayur dalam 10% ke 20%, iaitu dalam 50sen ke RM1 di pasaran tempatan mengikut kawasan. Macam di KL ni harga akan naik kerana ia jauh dari tempat penanaman sayur.
Seorang peniaga memberitahu, barangan yang akan diturunkan harga ialah barangan yang diproses seperti santan kotak yang sebelum ini dikenakan cukai.
Pemansuhan GST adalah antara janji manifesto pilihan raya Pakatan Harapan dan ia mula dilaksanakan dengan kadar sifar sebagai langkah awal penghapusannya sejak 1 Jun lepas.
Sehingga kini kerajaan belum mengumumkan kadar SST baru. Sebelum ini kadar SST ialah 10%, tetapi digantikan dengan GST pada kadar 6% yang diperkenalkan pada 2015. Kadar GST dijadikan sifar pada 1 Jun tahun ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.