`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 23, 2020

Hadi, pemimpin Umno, PAS hadir ‘makan malam’ kumpulan Azmin di Petaling Jaya

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hadir bersama-sama pemimpin Umno dan PAS di hotel Sheraton, Petaling Jaya malam ini.
PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Umno dan PAS dilihat di hotel Sheraton, yang pada pagi tadi menjadi tempat mesyuarat pemimpin PKR yang menyokong timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali.
Perkembangan ini dipercayai susulan spekulasi mengenai penyusunan baru politik yang akan menamatkan komposisi semasa parti komponen Pakatan Harapan (PH).
FMT dimaklumkan oleh sumber PKR, kehadiran pemimpin Umno dan PAS dipercayai bagi memenuhi undangan majlis makan malam bersama pemimpin PKR yang menyokong Azmin.
Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya sekadar berseloroh dengan pemberita.
“Eh, ada dinner (makan malam) ke? Oh, dinner rupanya,” katanya.
Antara pemimpin Umno yang kelihatan adalah Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Annuar Musa, Ismail, dan Bendahari Tengku Adnan Tengku Mansor.
Di pihak PAS adalah Presiden Abdul Hadi Awang, Timbaalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, dan Ketua Dewan Ulama, Mohd Zawawi Salleh.
Di pihak PKR adalah Azmin, Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua.
Pimpinan Umno dan PAS tiba berasingan sejak 7.20 petang tadi. - FMT

1 comment:

  1. According to Stanford Medical, It is indeed the SINGLE reason women in this country live 10 years longer and weigh on average 42 pounds less than we do.

    (And actually, it has absoloutely NOTHING to do with genetics or some hard exercise and EVERYTHING to around "how" they eat.)

    BTW, I said "HOW", and not "WHAT"...

    Click this link to discover if this quick questionnaire can help you discover your true weight loss possibility

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.