`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Saturday, February 29, 2020

Muhyiddin angkat sumpah PM baru esok

Pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8 selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melantik Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen sebagai perdana menteri baru.
Istana Negara dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan itu selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Proses seterusnya ialah istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri pada 1 Mac 2020 jam 10.30 pagi di Istana Negara.”
Muhyiddin Yassin bersama ahli keluarga dan saudara di rumahnya di Bukit Damansara, selepas Istana Negara melantik beliau sebagai perdana menteri ke-8.
Agong berkata, proses pelantikan perdana menteri tidak boleh dilengahkan kerana Malaysia memerlukan sebuah kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
“Ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir.”

Sultan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada rakyat dan semua pihak terbabit, khasnya agensi kerajaan, keselamatan dan pihak media. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.