`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 5, 2020

(Harakah) – PAS menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Saifuddin Nasution Ismail bahawa “PAS menyokong Najib dan mengubah sokongan kepada Dr. Mahathir selepas Najib jatuh… ” adalah tidak benar sama sekali. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan kepada Harakah sebentar tadi meminta Setiausaha Agung PKR sama ada jangan berpura-pura tidak tahu mengenai isu itu. “Sila ambil maklum (sekiranya benar-benar tidak tahu) bahawa PAS tidak menyokong BN yang dipimpin oleh Najib Razak sebelum dan semasa PRU 14, sebaliknya cuba bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum PRU 14 lagi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu. Hakikatnya kata beliau, PAS tidak bekerjasama malah tiada kompromi dengan BN semasa PRU 14 jelas apabila PAS bertanding bersendirian dalam lebih 150 kerusi Parlimen menentang BN dan PH sehingga mewujudkan pertandingan tiga penjuru. “Malah suasana inilah yang menyebabkan PH berjaya merampas Kerajaan Pusat selepas menang dalam PRU 14, suatu perkara yang mustahil boleh berlaku jika PAS menyokong atau bekerjasama dengan BN,” ujarnya. Selain itu kata beliau, PAS juga cuba bekerjasama dan telah mengadakan rundingan dengan BERSATU pimpinan Dr. Mahathir sebelum PRU 14, khususnya melalui Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir. Namun tegasnya, cadangan kerjasama tersebut tidak terlaksana kerana syarat PAS agar kerjasama itu tidak boleh melibatkan DAP tidak dapat dipenuhi oleh Bersatu. Kata Takiyuddin, kesediaan PAS untuk menerima kepimpinan Dr. Mahathir bukan hanya selepas PRU 14 sebagaimana dikatakan oleh Setiausaga Agung PKR. Kini maklum beliau, PAS terus menyatakan dan bersedia membantu Dr. Mahathir memimpin negara memandangkan kemampuan Perdana Menteri itu menjamin kedudukan Islam dan Melayu selain dari mengambil kira kepentingan dan hak semua kaum lain.

(Harakah) – PAS menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Saifuddin Nasution Ismail bahawa “PAS menyokong Najib dan mengubah sokongan kepada Dr. Mahathir selepas Najib jatuh… ” adalah tidak benar sama sekali.
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan kepada Harakah sebentar tadi meminta Setiausaha Agung PKR sama ada jangan berpura-pura tidak tahu mengenai isu itu.
“Sila ambil maklum (sekiranya benar-benar tidak tahu) bahawa PAS tidak menyokong BN yang dipimpin oleh Najib Razak sebelum dan semasa PRU 14, sebaliknya cuba bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum PRU 14 lagi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.
Hakikatnya kata beliau, PAS tidak bekerjasama malah tiada kompromi dengan BN semasa PRU 14 jelas apabila PAS bertanding bersendirian dalam lebih 150 kerusi Parlimen menentang BN dan PH sehingga mewujudkan pertandingan tiga penjuru.
“Malah suasana inilah yang menyebabkan PH berjaya merampas Kerajaan Pusat selepas menang dalam PRU 14, suatu perkara yang mustahil boleh berlaku jika PAS menyokong atau bekerjasama dengan BN,” ujarnya.
Selain itu kata beliau, PAS juga cuba bekerjasama dan telah mengadakan rundingan dengan BERSATU pimpinan Dr. Mahathir sebelum PRU 14, khususnya melalui Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.
Namun tegasnya, cadangan kerjasama tersebut tidak terlaksana kerana syarat PAS agar kerjasama itu tidak boleh melibatkan DAP tidak dapat dipenuhi oleh Bersatu.
Kata Takiyuddin, kesediaan PAS untuk menerima kepimpinan Dr. Mahathir bukan hanya selepas PRU 14 sebagaimana dikatakan oleh Setiausaga Agung PKR.
Kini maklum beliau, PAS terus menyatakan dan bersedia membantu Dr. Mahathir memimpin negara memandangkan kemampuan Perdana Menteri itu menjamin kedudukan Islam dan Melayu selain dari mengambil kira kepentingan dan hak semua kaum lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.