`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 8, 2020

Harga Minyak Dunia Jatuh Merudum Lagi, Harga Pam Minyak Masih Tinggi. Pakistan Tak Ada Duit Untuk Beli Minyak Sawit

Nombor 1. Tuan-tuan sambil Menteri bodoh membuang masa untuk memalukan dan mengaibkan seorang Islam  di depan mata dunia (yang tidak putus-putus ketawakan gelagat orang Islam) harga minyak mentah pula makin jatuh merudum. 

Berikut ini harga minyak di pasaran dunia semalam : 


Daripada US$60+ satu tong, harga minyak sudah jatuh ke tahap US$50+ sahaja. Kejatuhan harga minyak ini (dan susulan kejatuhan revenue atau hasil jualan minyak negara) sebanyak 16% akan memberi kesan yang sangat buruk kepada kewangan negara kita.

(Tuan-tuan, pada waktu yang sama jangan lupa tanya atau desak kerajaan kenapa harga minyak di pam minyak masih belum turun? Harga minyak seluruh dunia sedang jatuh merudum.)

Saya cadangkan Menteri Kabinet jangan membuang masa :

1. mengaibkan orang Islam atau mengaibkan sesama manusia atas perkara bodoh yang  tidak membawa sebarang kebaikan atau hasil kepada negara

2. berlatih melompat pagar untuk acara Sukan Melompat Pagar Dan Lari Pecut 

3. dan banyak kebodohan lagi

Bagi Menteri yang tidak faham, harga minyak yang jatuh (bagi round entah berapa kali dah) maksudnya kiamat akan tiba awal bagi kita.  Lebih baik baca buku tetapi kalau tak faham baca buku atau baca bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya bacalah majalah dan analisa orang yang lebih arif berkenaan isu-isu ini dan cuba mendapat idea dan pemikiran baru bagaimana anda boleh membantu menyelamatkan keadaan ekonomi negara. 

Nombor 2.  Pakistan tidak boleh menambahkan pembelian minyak kelapa sawit dari negara kita. Dia tambah pembelian pun mungkin sedikit sahaja - 10 kg atau lebih sikit. (Ha ha ha).

Sebabnya simple.  Demand atau permintaan atau keperluan untuk minyak kelapa sawit bagi setiap tahun di Pakistan adalah terhad kepada keadaan ekonomi negara itu. Setiap tahun penduduk Pakistan lebih 200 juta orang itu hanya memerlukan satu jumlah minyak sawit yang tetap. Fixed amount mengikut keadaan ekonomi negara mereka. 

Kita tidak boleh harapkan bahawa Pakistan akan menambahkan pembelian empat juta tan minyak sawit atau satu juta tan pun hanya atas sebab kita meminta bantuan mereka untuk berbuat demikian. 

Jika mereka menambahkan pembelian satu atau dua juta tan minyak sawit pun, apa kah yang mereka boleh buat dengan bekalan minyak sawit yang sudah oversupply itu?  Takkan orang Pakistan akan meminum minyak sawit pula?

Satu lagi perkara ialah mereka tidak cukup dana (tak cukup duit) untuk membeli apa pun. Kewangan Pakistan hampir bankrap. Kerajaan mereka berfungsi atas pinjaman kewangan IMF dan peminjam yang lain. Baru ini Perdana Menteri mereka terpaksa meminjam pesawat pak Arab untuk melawat ke Amerika Syarikat. 

Jadi inilah kebenaran dunia dan ekonomi dunia yang sebenarnya. 

Dalam keadaan begini saya cadangkan para Menteri Kabinet dan Tuan-tuan penyokong mereka kunci sajalah 'almari tidak berakal dan tidak berotak' di rumah dan pejabat itu dan bukalah almari baru yang penuh dengan fikiran baru, idea moden dan yang gunakan lojik dan akal untuk membimbing masa depan negara.

Jangan membuang masa memikirkan isu-isu bodoh berkenaan agama, pasal pakaian sesiapa pun, isu kaum, isu-isu yang tidak boleh diukur, tidak boleh disukat ataupun perkara yang siapa pun tidak boleh melihatnya atau mengenalinya.

Kalau kita hidup atas usaha dan sumbangan orang lain maksudnya kita masih miskin.  

Jika tahun sudah kita miskin, tahun ini kita miskin dan tahun depan pun kita akan miskin, maksudnya you do not know what the hell you are doing.

Dalam keadaan begitu, tanya lah kepada orang lain yang lebih faham. 
Dengar lah cakap orang lain yang lebih arif. 
Bukan susah sangat pun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.