Pas dilaporkan akan terus dengan rancangan untuk membawa usul undi percaya agar Perdana Menteri dikekalkan mentadbir negara sehingga habis penggal, meskipun isu peralihan kuasa pada hakikatnya tidak berbangkit lagi setelah pertemuan Anwar Ibrahim dengan Tun Mahathir Mohamad semalam.
Dalam pertemuan semalam, Tun Mahathir memberitahu Anwar, beliau kekal komited dengan janji peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama PH sebelum ini.
Tun Mahathir juga menegaskan, beliau tidak terlibat dengan sebarang komplot mengumpul tandatangan bagi tujuan mengekalkannya sehingga habis penggal.
Hari ini, bercakap tentang hal yang sama, Tun Mahathir juga berkata, beliau sudah berusia 94 tahun dan menginjak 95 tidak lama lagi.
“Saya sudah 94 tahun.
“Tak lama lagi 95. Mana boleh tahan,” kata beliau.
Dalam ertikata lain, Tun Mahathir sedar kekuatan dirinya tidak mungkin bertahan sehingga ke habis penggal dan untuk itu, melakukan peralihan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang telah dipersetujui adalah pilihan terbaik baiknya.
Tetapi, Hadi Awang memberitahu, Pas akan tetap membawa usul undi percaya sebagaimana yang telah dirancangnya.
Malah, beliau menegaskan tindakan itu bukan untuk mengampu Tun Mahathir, tetapi untuk menyelamatkan negara.
Dalam hal ini, apakah Hadi Awang tidak faham-faham lagi apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir itu?
Untuk apa lagi Pas mahu membawa usul undi percaya mahu Tun Mahathir kekal sehingga habis penggal pada sidang Parlimen Mac ini, sedangkan penyerahan kuasa kepada Anwar bakal menjadi kenyataan?
Lebih-lebih lagi jika pada mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari nanti tarikh peralihan kuasa sudah dipersetujui, membawa usul undi percaya untuk Tun Mahathir kekal sehingga habis penggal sudah tidak memberi apa-apa makna lagi.
Apa yang Pas mahu lagi sebenarnya?
Benarkah tindakan membawa usul itu untuk menyelamatkan negara?
Atau ia menggambarkan ketakutan Pas terhadap sosok bernama Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri?
Sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, apakah Pas tidak sedar mencetuskan gangguan atau kekacauan yang boleh membawa negara menjadi tidak aman melalui usul itu adalah perbuatan yang dilarang oleh agama?
Bertaubatlah Tok Guru!!
-https://shahbudindotcom.net/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.