`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 19, 2020

Suspek Pijak Alquran Yang Dibelasah Beramai-Ramai OKU Atau Tidak?

VIRAL | Nampaknya ramai yang tertanya-tanya suspek yang memijak Alquran seperti tersebar rakamannya di Facebook di sebelum ini adalah seorang OKU ataupun tidak.


Hal ini timbul kerana;

i) Satu kumpulan mempertikaikan tindakan orang awam yang memukul OKU yang menghina Islam.


ii) Dan satu kumpulan yang lain menyokong tindakan memukul penghina Islam dan beranggapan suspek menyamar OKU untuk mengelak dari dipertikaikan.


Terdapat juga kumpulan netizens yang beranggapan mana-mana suspek yang menghina Islam haruslah dilaporkan kepada pihak polis tanpa mengira statusnya OKU ataupun tidak, dan tidak sepatutnya orang awam mengambil tindakan sendiri supaya tidak menganggu sistem keadilan.


Berdasarkan laporan awal di Harian Metro bertarikh 15 Februari 2020;


- Suspek ditahan polis Johor Bharu.

- Tindakan itu dibuat selepas orang awam membuat laporan polis atas LIVE FACEBOOK suspek bertarikh 13 Februari 2020 yang memijak Alquran dan disaksikan ramai netizens.

- Tidak dinyatakan dalam laporan itu samada suspek seseorang yang sakit mental ataupun memiliki kad OKU.

Dan laporan susulan yang turut disiarkan di portal sama bertarikh 18 Februari 2020 pula menyatakan;

- Suspek bernama Mohd Zulkifli

- Berusia 33 tahun dan seorang penggangur

- Suspek juga diperintahkan untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai. Ini dibuat untuk menilai tahap sebenar kesihatan mental suspek.

Suspek ketika ini dibicarakan atas dua pertuduhan. Bagi pertuduhan pertama : didakwa mencemarkan al-Quran yang suci bagi umat Islam dengan memijak niat menghina Islam.

Pertuduhan kedua : didakwa mengeluarkan kata-kata menghina Islam yang didengari oleh seorang individu dengan niat yang disengajakan iaitu melukakan perasaan keagamaannya.
 

Kedua-duanya didakwa dibawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 298 Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dalam tempoh boleh sampai setahun dengan denda atau kedua-duanya.

Sebutan kes akan dibacakan pada 17 Mac. 

Sementara itu di sosial media, beberapa OKU mempersoalkan kesahihan kad OKU suspek yang tular di sejak 3 hari lepas.


Ramai pihak khususnya OKU mempertikaikan suspek adalah seorang OKU. Menurut kumpulan itu, terdapat cubaan yang mahu memburukkan golongan OKU dengan memalitkan perangai buruk seseorang terhadap OKU.

Kad OKU yang disebarkan itu juga tidak dapat dipastikan samada tulen ataupun palsu. Bagi netizens jika kad itu palsu, terdapat satu lagi masalah yang perlu ditanggani iaitu membanteras sindiket kad palsu OKU. - sozcyili.blog

1 comment:

  1. You should see how my pal Wesley Virgin's report launches with this SHOCKING AND CONTROVERSIAL VIDEO.

    You see, Wesley was in the military-and soon after leaving-he revealed hidden, "SELF MIND CONTROL" tactics that the government and others used to get whatever they want.

    THESE are the EXACT same methods many famous people (especially those who "became famous out of nowhere") and elite business people used to become wealthy and famous.

    You probably know that you use only 10% of your brain.

    That's mostly because most of your brainpower is UNCONSCIOUS.

    Maybe that thought has even taken place INSIDE your own brain... as it did in my good friend Wesley Virgin's brain 7 years back, while driving an unregistered, beat-up garbage bucket of a car without a license and with $3.20 on his bank card.

    "I'm so fed up with going through life paycheck to paycheck! Why can't I turn myself successful?"

    You've been a part of those those thoughts, ain't it so?

    Your success story is waiting to happen. You just have to take a leap of faith in YOURSELF.

    CLICK HERE TO LEARN WESLEY'S SECRETS

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.