`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 9, 2020

Tuntutan palsu lebih RM800,000, pegawai kesihatan daerah, penolong akauntan mengaku tidak bersalah

Dr Zaharah Mohd Salleh, pegawai kesihatan daerah di Pejabat Kesihatan Daerah Ledang dan penolong kauntan, Noor Shazriena Miskam, masing-masing didakwa mengemukakan baucar bayaran mengandungi butiran palsu berjumlah RM807,816.27, serta bersubahat melakukan perbuatan itu dari 2015 sehingga 2016. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU: Seorang pegawai kesihatan daerah dan penolong akauntan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas 49 pertuduhan kerana mengemukakan baucar bayaran mengandungi butiran palsu berjumlah RM807,816.27, serta bersubahat melakukan perbuatan itu, dari 2015 sehingga 2016.
Dr Zaharah Mohd Salleh, 59, pegawai kesihatan daerah di Pejabat Kesihatan Daerah Ledang dan Noor Shazriena Miskam, 34, penolong akauntan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Kamarudin Kamsun.
Mengikut pertuduhan, Zaharah didakwa mengemukakan baucar bayaran palsu berjumlah RM807,816.27 kepada Kementerian Kesihatan, iaitu bayaran pembekalan barangan membabitkan 5 syarikat yang dalam pengetahuannya adalah tuntutan palsu dan barangan itu tidak dibekalkan.
Noor Shazriena pula dituduh bersubahat dengan Zaharah bagi melakukan semua perbuatan itu.
Perbuatan didakwa dilakukan di Pejabat Kesihatan Daerah Ledang dari Mac 2015 hingga November 2016.
Zaharah didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) , manakala Noor Shazriena didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) akta sama yang dibacakan bersama dengan Seksyen 18 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta berkenaan.
Kedua-duanya berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda nilai tuntutan palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan pendakwa raya SPRM Johor Suhaili Sapun menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 kepada setiap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Gan Seong Kim yang mewakili Zaharah memohon jaminan itu dikurangkan memandangkan keadaan beliau yang menghidapi kanser kolon sejak Mac 2019 dan masih lagi menjalani rawatan kimoterapi.
Sementara itu, peguam Siti Nasrina Hasbullah yang mewakili Noor Shazriena pula memohon jaminan yang rendah kerana anak guamnya terpaksa menanggung 5 orang anak yang masih kecil.
Kamarudin kemudian memutuskan Zaharah diikat jamin sebanyak RM50,000, manakala Noor Shazriena RM60,000, masing-masing dengan seorang penjamin.
Beliau juga mengarahkan pasport antarabangsa kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.
Kes akan disebut semula pada 15 Mac ini. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.