`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 15, 2020

Giliran Adun Seberang Jaya ke SPRM isu projek terowong

Afif Bahardin di ibu pejabat SPRM Putrajaya hari ini.
PUTRAJAYA: Selepas beberapa exco dan wakil rakyat di Pulau Pinang diambil keterangan, hari ini giliran Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disoal berhubung projek terowong dasar laut dan jalan bernilai RM6.3 bilion.
Bekas wakil rakyat PKR itu tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 2 petang.
“Saya percaya saya dipanggil atas kapasiti sebagai exco kerajaan negeri sebelum ini, di mana saya mengalas tugas itu dari 2013 hingga 2020, dan saya difahamkan atas sebab itu saya dipanggil.
“Apa yang akan ditanya saya tidak tahu. Semua exco dipanggil,“ katanya kepada pemberita.
Beliau juga memaklumkan SPRM tidak memintanya membawa sebarang dokumen. Keterangannya ini dibuat pertama kali berhubung skandal terowong.
“Mungkin saya dipanggil sebab saya menghadiri mesyuarat kerajaan negeri,”katanya.
Afif meletakkan jawatan exco kesihatan Pulau Pinang pada Mac. Beliau adalah penyokong bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali.
Awal bulan lalu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow ke ibu pejabat SPRM Pulau Pinang untuk disoal berhubung projek sama.
Perkembangan itu sehari selepas badan anti rasuah itu menyoal 3 exco kerajaan negeri iaitu Phee Boon Poh, Chong Eng, dan Jagdeep Singh Deo 6 Julai lalu
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, yang memaklumkan siasatan kes itu masih berjalan sejak ia dimulakan pada 2017, enggan mengulas tentang kemungkinan exco akan ditahan.
Sebelum ini, seorang bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang direman 4 hari berhubung kes itu. Beliau dibebaskan dengan jaminan RM100,000. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.