`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 13, 2020

Lelaki bunuh 3 kucing dalam mesin basuh di kedai dobi

Polis berkata, siasatan lanjut menerusi rakaman CCTV mendapati seorang lelaki memasukkan 3 ekor kucing ke mesin basuh pada 5.30 pagi Ahad.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki membunuh 3 ekor kucing dengan melemaskannya dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Arifai Tarawe berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada 9.30 pagi Ahad melalui seorang wanita berusia 39 tahun.
“Wanita itu memaklumkan kejadian berkenaan berlaku semasa dia ke dobi untuk membasuh baju, namun menjumpai 3 ekor kucing yang sudah mati di dalam 3 mesin basuh berasingan.
“Wanita berkenaan kemudiannya menghubungi serta melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan.
Arifai berkata, siasatan lanjut menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tindakan itu dilakukan seorang lelaki yang memasukkan 3 ekor kucing berkenaan ke mesin basuh pada 5.30 pagi.
Beliau berkata, siasatan lanjut dirujuk kepada Pejabat Veterinar Shah Alam untuk tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.