`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 8, 2020

Sarawak mahu hidupkan jawatankuasa khas bagi kanak-kanak tanpa kerakyatan


Fatimah Abdullah berkata, dengan adanya SCC, proses permohonan kewarganegaraan di Sarawak lebih cepat.

KUCHING: Kerajaan Sarawak berhasrat menghidupkan Jawatankuasa Khas mengenai Kewarganegaraan (SCC) bagi kanak-kanak tanpa kerakyatan, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Fatimah Abdullah.
Menurut laporan, SCC dibubarkan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pusat untuk membenarkan wakil rakyat PH Sarawak mempunyai akses ke pejabat menteri dalam negeri bagi memantau kes permohonan kewarganegaraan di negeri itu.
Fatimah berkata, kementeriannya akan menemui menteri dalam negeri dalam masa terdekat untuk memohon SCC dihidupkan semula.
“SCC, di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan bagi mereka yang berusia 21 tahun ke bawah, ditubuhkan pada 2016 atas budi bicara menteri dalam negeri ketika itu.
“Kami berharap SCC akan dihidupkan kerana melalui jawatankuasa ini, kami dapat membantu ‘proses saringan’ bagi semua permohonan kewarganegaraan sebelum diserahkan kepada kementerian untuk tindakan selanjutnya.
“Ini akan meringankan beban kerja Kementerian Dalam Negeri kerana jawatankuasa ini akan memastikan borang permohonan (kewarganegaraan) lengkap dan diperiksa dengan betul sebelum diserahkan ke KDN.
“Dengan adanya jawatankuasa ini, proses permohonan kewarganegaraan di negeri ini lebih cepat. Paling lama kira-kira 2 tahun,” katanya sambil menambah kementerian itu juga mahu semua kes tulen kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sarawak diselesaikan secepat mungkin.
Beliau berkata, kanak-kanak tanpa kerakyatan tidak berpeluang ke sekolah dan tidak mendapat manfaat kebajikan atau perubatan.
Fatimah berkata, walaupun kementerian itu tidak mempunyai jumlah sebenar kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sarawak, jawatankuasa itu menerima 717 permohonan kewarganegaraan sejak 2016 sehingga ia dibubarkan pada Julai tahun lalu.
Katanya, ada di kalangan kanak-kanak itu tidak memiliki kewarganegaraan kerana ibu bapa berkahwin secara tidak sah atau salah seorang daripadanya ialah warga asing. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.