1. Shafie Apdal melalui portal Malaysiakini berkata beliau menjadi sasaran serangan Najib Razak apabila bekas perdana menteri itu membocorkan beberapa surat berkaitan projek kerajaan suatu masa dulu.
2. Shafie percaya tindakan berkenaan diambil Najib selepas namanya disebut sebagai calon perdana menteri daripada pembangkang.
“Agaknya dia bimbang apabila Dr Mahathir (Mohamad) menyebut nama saya sebagai calon perdana menteri kesembilan. Hal sebegitu tidak pernah berlaku (sebelum ini).
Benarkah dakwaan Shafie Apdal itu?
3. Najib dalam facebooknya menafikan bukan kerana Shafie dicadangkan menjadi PM maka semua itu didedahkan kerana sejak sekian lama memang Najib mendedahkan semua pemimpin PH termasuk Shafie Apdal.
4. Benarkah Kedua-dua surat bertarikh pada 2013 mengenai dua projek pembinaan jalan di Johor dan Sabah hanya didedahkan Najib?
Faktanya!
5. Surat tahun 2013 dua projek pembinaan jalan di Johor dan Sabah itu telah didedahkan sejak tahun 2016 lagi.
6. Blog Captain M, Anotherbrickwall, Ameno World dan facebook Hafizi Harris telah memaparkan lebih awal surat penuh projek pembinaan jalan di Johor dan Sabah itu. malah jika rajin membuat carian akan menemui lebih banyak lagi fakta surat itu tersebar lebih awal bukan kerana Shafie bakal PM9 PH sekarang.
BACA : Bukti Shafie Apdal Kroni kaya raya, marahkan Najib tidak luluskan projek serang 1MDB sebagai alasan!
7. Najib Razak hanya mengulang semula mengenai surat yang didedahkan itu. Ia bukan surat penuh tetapi menunjukkan sikap sebenar bekas Menteri KKLW itu. Shafie Apdal hanya bimbang apa yang disentuh Najib dalam FB rakyat lebih suka berkongsi mengenainya.
8. Rakyat wajar tahu sikap sebenar Shafie melalui surat yang didedah sejak 2016 itu. Daripada surat permohonan biasa hinggalah rayuan surat Shafie semua jenis ‘Copy and Paste’. Pegawai KKLW dah tentukan kandungan surat itu ia sama dengan surat rayuan Shafie yang lain. Jika tak lulus Menteri Kewangan 1 Shafie akan buat rayuan Menteri Kewangan II. Surat format yang sama
9. Semua rayuan itu demi kroni. Bukan demi rakyat sangat pun. Kroni yang dapat dulu. Kamu rasa berapa syarikat bayar untuk dapat surat seperti ini kepada pegawai Shafie Apdal?
10. Mari kita lihat surat penuh Shafie itu. Surat yang berlegar sejak 2016 mendedah kebobrokan Shafie dan sikap tamak kroni Shafie. Sama ada Shafie pura-pura lupa atau hanya menepis alasan surat ini berlegar semula.
11. Oleh itu Shafie Apdal janganlah perasan sangat kamu nak jadi PM-9 tu. Semua tahu kamu kaki rasuah. Hanya kerana VK Liew menutup kes kamu tidak bermakna kes kamu tidak boleh dibuka semula.
Captain M
16 Julai 2020
16 Julai 2020
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.