`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 11, 2020

Zuraida: Ampang sasar status bandar raya tahun depan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, Majlis Perbandaran Ampang memenuhi syarat untuk diisytihar sebagai bandar raya seperti mempunyai jumlah penduduk melebihi 500,000 orang dan mencatat hasil sebanyak RM100 juta.
KUALA LUMPUR: Ampang kini menetapkan sasaran untuk diisytihar sebagai sebuah bandaraya menjelang tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Ahli Parlimen Ampang itu berkata banyak projek pembangunan sedang dijalankan bagi merealisasi misi tersebut.
“Antara projek yang sedang kita laksanakan adalah untuk buat 1 kolam renang, pusat kawalan dan kita alihkan beberapa tempat medan selera, diperkemaskan dan dibersihkan.
“Ini antara usaha yang kita jalankan untuk mengangkatnya sebagai majlis bandar raya, kita sasar 2021,” katanya selepas melawat tapak pembangunan di Dataran Belia Kampung Bukit Sungai Puteh, Ampang di sini, hari ini.
Terdahulu, Zuraida berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya memenuhi syarat seperti mempunyai jumlah penduduk melebihi 500,000 orang dan mencatat hasil sebanyak RM100 juta.
Ketika ini terdapat 16 bandaraya di Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, George Town, Seberang Prai, Ipoh, Petaling Jaya, Shah Alam, Alor Setar, Johor Bahru, Melaka, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Miri, Kuching, Iskandar Puteri, Seremban dan Subang Jaya.
Sementara itu, mengulas pembangunan loji sisa kepada tenaga (WTE) di bawah Dasar Kebersihan Negara, beliau berkata, setiap negeri akan memiliki sekurang-kurangnya 1 loji WTE. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.