`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 25, 2022

2 ditahan kes gaduh di Serendah

 

Polis berkata, dua lelaki berusia 40 dan 45 tahun itu direman sehingga Jumaat ini.

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan hari ini bagi membantu siasatan kes memukul seorang lelaki sehingga cedera akibat perselisihan faham di Taman Sri Serendah, Hulu Selangor, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suffian Abdullah berkata, kedua-duanya yang berusia 40 dan 45 tahun itu ditahan di sekitar Serendah pagi tadi dan direman sehingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Polis sedang memburu empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Polis Hulu Selangor sebelum itu mengesan dua klip video pergaduhan yang tular menerusi media sosial bertajuk: “Geng GST 08 Serendah Michael” yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang memukul seorang lelaki.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Suffian berkata, pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira 6 petang semalam yang memaklumkan berlaku pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki tempatan.

“Berdasarkan siasatan, insiden itu berpunca daripada sepupu mangsa yang meletakkan kenderaannya di hadapan rumah suspek dan suspek menegur sepupu mangsa sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Mangsa cuba meleraikan pergaduhan, namun suspek bertindak memukul mangsa. Sepupu mangsa melarikan diri meninggalkan mangsa yang dikepung sekumpulan lelaki dipercayai rakan suspek.”

Suffian berkata, mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul sehingga terbaring berlumuran darah, sebelum dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Beliau meminta orang ramai tidak gusar berhubung kejadian itu dan mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.