`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 22, 2022

Bekalan telur akan pulih dalam empat bulan, kata timbalan menteri

 

Bekalan telur berkurangan kerana pemain industri tidak dapat menambah pengeluaran di kilang kerana berdepan kerugian akibat peningkatan kos. (Gambar Bernama)

JASIN: Pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur dijangka dapat memulihkan semula operasi pemain industri dan meningkatkan pengeluaran, sekali gus mengatasi masalah kekurangan telur ayam di pasaran.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Ahmad Hamzah, berkata isu kekurangan bekalan itu berikutan pemain industri tidak dapat menambah pengeluaran di kilang kerana berdepan kerugian akibat peningkatan kos yang sangat tinggi, termasuk bahan mentah.

“Menerusi lawatan demi lawatan selain perbincangan bersama kementerian, kita mengesahkan sememangnya penternak berdepan masalah itu dan kerajaan telah ambil langkah menaikkan subsidi bagi memastikan keperluan rakyat tidak terjejas.

“Kita percaya masalah ini akan pulih dalam tempoh empat bulan selepas subsidi baharu seperti diumumkan kerajaan baru-baru ini sedang dalam proses pengaturan dengan pihak industri,” katanya kepada pemberita di Sungai Rambai.

Ahmad berkata sejak Februari lepas, kerajaan memberi dan menaikkan subsidi telur ayam selain meneruskan pemberian itu dari Oktober hingga Disember berikutan kenaikan kos operasi ditanggung pengeluar.

“Pengeluar telur telah buat pengaduan kepada kerajaan mengenai keadaan mereka tanggung yang saya lihat agak ‘parah’ dan kerajaan mengambil langkah itu untuk memastikan kelangsungan serta bekalan di pasaran terjamin dengan harga berpatutan untuk memastikan rakyat tidak terbeban,” katanya.

Media melaporkan kerajaan meneruskan pemberian subsidi kepada penternak dan pengeluar telur ayam dari Oktober hingga Disember membabitkan kadar 80 sen bagi sekilogram ayam, manakala lapan sen bagi sebiji telur, dengan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira harga siling kedua-dua bahan berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.