PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri sehingga 9 pagi ini.
MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu diramalkan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu.
Di Kedah, kawasan dijangka terjejas adalah Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak pula melibatkan Kerian.
“Di Terengganu pual melibatkan kawasan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” menurut agensi itu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.