`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 16, 2022

Gelandangan ditendang, pukul hingga mati

 

Polis berkata suspek yang juga gelandangan berusia 51 tahun ditahan beberapa jam selepas kejadian di kaki lima Jalan Leong Sin Nam, Ipoh.

IPOH: Seorang lelaki warga emas dipercayai gelandangan, maut dipukul di lorong berhampiran kaki lima Jalan Leong Sin Nam, di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian melibatkan mangsa berusia 68 tahun itu, 5.20 pagi tadi.

Mangsa dipercayai dipukul serta ditendang dan polis telah menahan suspek yang juga gelandangan berusia 51 tahun dalam masa yang singkat.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian pagi ini mendapati masih terdapat kesan darah di lorong jalan itu dipercayai milik mangsa.

Seorang wanita yang bekerja di restoran berhampiran yang enggan dikenali memberitahu dia terdengar bunyi bising dan kaca pecah seperti berlaku pergaduhan ketika menyiapkan makanan, kira-kira 5 pagi.

“Saya terus keluar untuk melihat kejadian dan menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan untuk mangsa itu yang biasa dilihat tidur di sekitar kawasan ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.