`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 16, 2022

Kerajaan ada wang laksana Bajet 2023, kata Ismail

 

Perdana menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob, berkata setiap apa dijanjikan dalam Bajet 2023 akan dilaksanakan sekiranya Umno kembali membentuk kerajaan.

BERA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, berkata kerajaan mempunyai wang bagi melaksanakan Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Okt, yang merupakan belanjawan terbesar pernah disediakan melibatkan peruntukan RM372.3 bilion.

“Apabila kita mengumumkan bajet dalam Parlimen, itu bermaksud kita telah mempunyai duit untuk melaksanakan setiap yang dijanjikan…sudah ada duit cuma (bajet) belum lulus lagi.

“Kalau mahu bajet yang cantik sebegini dilaksanakan, undilah kita dan barulah (bajet) boleh dibentang semula dan diluluskan,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bera, di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Hari ini, beberapa media melaporkan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kemampuan kerajaan melaksanakan inti pati Bajet 2023 kerana mendakwa antara lain kerajaan kekurangan dana dan kurang kecekapan untuk melaksanakan projek.

Ismail juga menegaskan bajet itu, yang dibuat dengan mencakupi semua lapisan masyarakat, menyasarkan manfaat kepada akar umbi dan bukannya hanya ‘taikun’ seperti dakwaan sesetengah pihak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.