`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 15, 2022

Kebebasan badan kehakiman penting untuk hakim buat keputusan, kata menteri

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) sementara Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata hakim harus diberi kuasa membuat keputusan secara bebas tanpa gangguan.

KUALA LUMPUR: Kebebasan badan kehakiman penting bagi memastikan hakim perbicaraan mampu melaksanakan tugas dengan kemampuan terbaik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) sementara, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Saya sangat percaya mahkamah harus diberi kuasa untuk membuat keputusan secara bebas tanpa gangguan atau campur tangan daripada sesiapa,” kata Wan Junaidi dalam simposium mengenai pindaan perlembagaan di Malaysia.

Katanya, kebebasan harus merangkumi kepada situasi di mana hakim perlu menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

Wan Junaidi berkata, keputusan Jemaah Menteri untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan memberi kuasa budi bicara kepada hakim menjatuhkan hukuman adalah satu contoh mengekalkan kebebasan badan kehakiman.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Keputusan Jemaah Menteri memansuhkan hukuman mati di Malaysia lebih berkisar dalam memberi kuasa budi bicara kepada hakim untuk membuat keputusan mengenai hukuman paling sesuai berdasarkan pelbagai keadaan kes yang dibicarakan,” katanya.

Pada 13 Sept lalu, Wan Junaidi berkata, Putrajaya bersetuju secara dasar terhadap hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori membabitkan 12 kesalahan mengikut undang-undang.

Katanya, hukuman alternatif akan menggantikan hukuman mati mandatori untuk 12 kesalahan termasuk bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada 6 Okt, tujuh rang undang-undang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat bagi membuat pindaan yang diperlukan pada undang-undang berkaitan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.