`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 15, 2022

SUKE mula kutip tol tengah malam ini

 

Prolintas berkata, kadar tol bermula pada RM2.30 untuk kelas 1 (kereta), RM4.60 untuk kelas 2 (lori), RM6.90 untuk kelas 3 (treler), RM 1.20 untuk kelas 4 (teksi) dan RM2.30 untuk kelas 5 (bas).

PETALING JAYA: Kutipan tol di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan bermula tengah malam ini, selepas sebulan dikecualikan bayaran tol.

Pengendali SUKE, Prolintas berkata, kutipan tol itu membabitkan jajaran fasa 1 dari persimpangan Cheras-Kajang hingga persimpangan Bukit Antarabangsa yang dibuka kepada pengguna 16 Sept lalu.

Katanya, kadar tol bermula pada RM2.30 untuk kelas 1 (kereta), RM4.60 untuk kelas 2 (lori), RM6.90 untuk kelas 3 (treler), RM 1.20 untuk kelas 4 (teksi) dan RM2.30 untuk kelas 5 (bas).

“Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID. Pengguna disaran memastikan baki kad Touch ‘N Go dan e-wallet mencukupi sebelum memasuki SUKE.

“Bahagian operasi SUKE akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di kedua-dua plaza tol, selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya, terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai boleh menghubungi hotline SUKE di talian 1-300-88-9922 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Fasa 1 SUKE sejauh 16.6km membabitkan 11 persimpangan dan dua plaza tol di Bukit Teratai dan Ampang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.