`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 11, 2022

MB Perlis mohon perkenan bubar DUN selepas bentang RUU Anti-Lompat Parti

 

Menteri Besar Perlis Azlan Man, berkata cadangan pembubaran akan dipersembahkan demi memastikan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar serentak dengan Parlimen. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Perlis mengambil keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti, pada Mesyuarat Sidang DUN, pada Khamis.

Menteri Besar Azlan Man, berkata ia dibentangkan terlebih dahulu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kelima DUN Perlis ke-14, pada hari berkenaan.

“13 haribulan (Khamis ini) kita akan mengadakan sidang DUN yang bertujuan untuk membawa pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri yang berkaitan mengenai ahli DUN dengan parti politik yang berkenaan supaya ia bersesuaian dengan pindaan yang dilakukan oleh Perlembagaan negara.

“Insyaallah, saya akan mempersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, tarikh yang bersesuaian untuk dibuat pembubaran DUN supaya kita dapat mengadakan pilihan raya negeri bersekali dengan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) di peringkat persekutuan,” katanya menurut Harian Metro.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Azlan yang juga ADUN Bintong, berkata pindaan itu penting demi memastikan ia terpakai kepada wakil rakyat selepas PRU15.

“Kita harapkan Undang-Undang Tubuh Negeri yang kita buat pindaan ini akan terpakai kepada wakil rakyat yang akan terpilih dalam PRU15 ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.