`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 12, 2022

Penduduk KL disaran pindah 2 hari sebelum banjir

 

Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim berkata, apabila banjir surut, mangsa banjir boleh berada di PPS selama dua hari lagi untuk memastikan rumah mereka telah dicuci dan selamat diduduki. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan berpotensi banjir di Wilayah Persekutuan disaran berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dua hari lebih awal dari tarikh jangkaan berlakunya banjir.

Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim berkata, tindakan itu dapat meminimumkan penggunaan aset, terutamanya bot dan kenderaan berat semasa proses pemindahan.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat Wilayah Persekutuan bersetuju pada dasarnya, (mangsa banjir) akan berpindah dua hari sebelum banjir dan balik ke rumah masing-masing dua hari selepas banjir,” katanya dalam rakaman video kesiapsiagaan jawatankuasa itu menghadapi banjir di Wilayah Persekutuan.

“Apabila banjir surut, kita akan benarkan mereka (mangsa banjir) berada di PPS selama dua hari lagi untuk memastikan rumah mereka telah dicuci dan selamat diduduki.”

Dalam usaha memberi keselesaan kepada mangsa banjir, katanya, bilik air baharu juga akan dibina di semua PPS di Wilayah Persekutuan sebagai tambahan kepada bilik air sedia ada. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.