`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 21, 2022

Pisau dibaling remaja terkena arteri utama adik, kata polis

 

Remaja perempuan itu direman enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Pisau yang dibaling seorang remaja perempuan kepada adik lelakinya sehingga menyebabkan maut di Ulu Pulai, Ulu Choh di Iskandar Puteri semalam, disahkan terkena salur darah utama arteri mangsa.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, tindakan remaja perempuan berusia 18 tahun itu menyebabkan darah mangsa berusia 16 tahun itu keluar dengan banyak sehingga akhirnya dia rebah.

Beliau berkata, maklumat itu diperolehi hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.

“Tusukan pisau terkena salur darah utama arteri menyebabkan darah banyak keluar dan (mangsa) rebah dengan cepat,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Semalam, polis menahan remaja perempuan itu selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut pada 2.15 petang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin dilaporkan berkata, tragedi malang itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan dua beradik itu yang berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Remaja perempuan itu direman enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.