`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 18, 2022

Polis kesan pemandu Myvi lawan arus di lebuh raya

 

Perodua Myvi yang dirakam dipandu melawan arus di KM 31.2, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kulai. (Gambar Facebook)

KULAI: Polis sedang mengesan pemandu sebuah Perodua Myvi yang dirakam memandu secara melawan arus dengan memasang lampu kecemasan di KM 31.2, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) menghala ke daerah ini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow berkata, pihaknya mengesan sebuah video berdurasi 11 saat yang tular memaparkan mengenai kejadian itu menerusi laman Facebook kira-kira 9.55 pagi.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kulai sedang giat mengesan pemandu terbabit.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke BSPT Kulai,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dan menambah tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang sengaja melanggar undang-undang.

Dalam perkembangan lain, Tok mengesahkan pemandu lori yang ditahan dalam kemalangan tragis yang menyebabkan dua maut di KM45.7 lebuh raya sama di Sedenak baru-baru ini, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah serta negatif dadah.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan direman selama empat hari bermula semalam dan siasatan kemalangan itu masih berjalan, kata Tok kepada pemberita di majlis pembukaan fasiliti Johor Gateway DHL Express yang baharu, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti seorang lagi mangsa yang rentung dijangka siap dalam tempoh dua minggu ini.

Beliau berkata sampel berkenaan diambil daripada satu keluarga yang tampil mencari ahli keluarga hilang, dipercayai lelaki sekali gus mẹmbuat ujian pemadanan DNA terhadap mayat rentung itu.

Sabtu lepas, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, dan seorang lelaki yang identitinya belum dapat dikenal pasti maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan itu, manakala empat lagi terselamat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.