`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 25, 2022

Skim piramid: 7 ditahan, wang hampir RM1 juta dan 9 kereta mewah disita

 

Antara kenderaan mewah yang disita dalam serbuan ‘Op Reward’ di Pulau Pinang pada Rabu lalu. (Gambar KPDNHEP)

KUALA LUMPUR: Tujuh individu, termasuk seorang warga Taiwan, yang disyaki terlibat dalam aktiviti skim piramid ditahan dalam serbuan operasi bersepadu “Op Reward” di sebuah pusat perdagangan di Jelutong, Pulau Pinang pada Rabu lepas.

Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, empat kediaman yang didiami suspek di sekitar Pulau Pinang dan Kedah turut diserbu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati syarikat terbabit menjalankan dan mempromosi skim itu kepada orang awam menerusi aplikasi dalam talian dan penjualan pakej tertentu sejak beberapa tahun lalu.

“Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan menyita pelbagai dokumen, komputer riba dan telefon bimbit yang berkaitan bagi membantu siasatan bersama ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Sembilan kenderaan mewah serta pelbagai beg tangan berjenama milik suspek turut disita, selain 38 akaun di tujuh bank dibekukan serta wang tunai keseluruhan RM967,720.29 disita,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Operasi itu dijalankan Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, disertai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara (BNM), polis serta Cyber Security.

Azman berkata, syarikat terbabit disyaki aktif melakukan aktiviti itu di beberapa negeri, seperti Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Sarawak, selain dikesan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan lain.

Kes disiasat di bawah Subseksyen 4 (1) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid (AJLSAP 1993) iaitu menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen dan Seksyen 27B AJLSAP 1993, iaitu mempromosikan atau menjalankan skim piramid.

Semua suspek turut disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 kerana disyaki melakukan aktiviti pengubahan wang haram. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.