`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 20, 2022

Terlepas simpang, takut sesat, alasan wanita pandu lawan arus

 

Tangkap layar daripada rakaman video menunjukkan Perodua Myvi dipandu melawan arus di KM31.2 Lebuhraya Utara-Selatan menghala Kulai semalam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Terlepas susur keluar lebuh raya dan takut tersesat antara alasan seorang wanita yang dirakam memandu melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan menghala Kulai semalam.

Rakaman video yang tular di media sosial semalam menunjukkan sebuah Perodua Myvi berwarna putih memandu melawan arus di lorong kecemasan di KM31.2 lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow berkata, polis berjaya mengesan dan menahan pemandu kereta terbabit, iaitu wanita berusia 35 tahun di sebuah pangsapuri di Kangkar Pulai, Skudai pada 1 tengah hari tadi.

“Wanita itu memaklumkan dia terlepas simpang ke Senai utara, (disebabkan) bimbang tersesat lagi jauh, dia mengambil keputusan patah balik.

“Pemandu yang kurang pengalaman menggunakan jalan lebuh raya juga dipercayai menjadi punca kejadian,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Menurutnya, wanita itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk tindakan lanjut dan Perodua Myvi itu turut dirampas untuk disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Semalam, tular satu klip video 11 saat memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi memandu melawan arus dengan memasang lampu kecemasan di lebuhraya berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.