Kementerian akan teliti mekanisme sesuai tambah kategori baharu selain Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, IPT, Bukan Melayu dan Awam.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara R Yuneswaran berkata, cadangan itu bagi memberi ruang lebih luas untuk golongan berkenaan menzahirkan kecintaan akan negara.
Beliau berkata, pihaknya juga akan meneliti mekanisme sesuai untuk membolehkan golongan itu menyertai pertandingan berkenaan yang kini menawarkan lima kategori iaitu Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Intistusi Pengajian Tinggi (IPT), Bukan Melayu dan Awam.
“Kementerian akan berbincang dengan semua pihak berkepentingan bagi membuka lebih banyak kategori untuk mereka (peserta OKU) sertai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Tahun 2026 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.
Majlis itu diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka Ali Rustam dan Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh.
Yuneswaran berkata, Pertandingan Pidato Rukun Negara yang dianjurkan sejak enam tahun lepas wajar diteruskan kerana mampu menyemai semangat perpaduan serta penghayatan terhadap prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda.
Beliau berkata, pertandingan yang menawarkan Piala Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka itu menunjukkan perkembangan memberangsangkan saban tahun dengan lebih 10,000 penyertaan diterima pada tahun ini sahaja.
Katanya, penglibatan peserta daripada pelbagai peringkat meliputi sekolah rendah, sekolah menengah, IPT dan orang awam membuktikan masyarakat semakin berminat untuk memahami Rukun Negara secara lebih mendalam.
“Rukun Negara bukan sekadar untuk kita laungkan pada Hari Kebangsaan tetapi harus menjadi prinsip yang kita kena amalkan dalam kehidupan seharian,” katanya. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.